Thursday, 1 September 2016

Uqasha Senrose Safiey Ilias ( Half Hijrah )

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalammualaikum semuanya.

Kecoh satu Malaysia yang Uqasha Senrose, pelakon wanita terkenal akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berhijab lagi. Dia artis pertama dekat Malaysia ni yang berani buat keputusan gempar macam tu. Sebelum ini saya pernah mengikuti perkembangan artis seberang di Indonesia, pelakon dan penyanyi terkenal, Marshanda. Dia dah lama kahwin dan sudah pun dikurniakan seorang anak. Masa kahwin dah memang berhijab pun. Tuptup beberapa tahun kemudian bercerai, then dia terus ambil keputusan untuk tidak memakai hijab lagi. Kecoh satu Indon tu, banyak yang kritik dan ada juga yang sokong. Samalah macam cerita Uqasha yang dah lama berhijab tiba-tiba nak buka tudung pula. Masa baca cerita pasal Marshanda dulu, tak pernah terfikir yang akan ada artis dekat Malaysia ni berani buat macam tu sampailah terbaca sendiri gosip tentang Uqasha, sangat terkejut dan tak dapat nak fikir macam mana beraninya dia buat keputusan yang boleh mengundang kontroversi macam tu.

Bukan itu sahaja, malah kita digemparkan lagi dengan kisah seorang usahawan kaya, yang dulunya seorang "pondan" (maaf kalau bahasa agak kasar) kemudian telah berhijrah menjadi lelaki semula. Perubahan beliau banyak disokong oleh rakyat Malaysia, perubahan yang sangat hebat dimata masyarakat serta ramai yang mendoakan. Namun, baru-baru ini dia telah mengaku yang dirinya tidak lagi mampu menahan pelbagai dugaan dan mengambil keputusan untuk berubah menjadi seperti dulu lagi.Ramai yang terkejut dan tidak putus-putus menasihati dan berdoa agar dia mematikan niatnya untuk balik ke dunia hitamnya itu. Saya juga berharap agar Safiey Ilias yang setahun muda dari saya ini tetap beristiqomah dan kuat semangat untuk meneruskan setiap perubahan yang baik.

Sebelum kita nak mengkritik lebih-lebih, kita cerminkan diri kita dahulu adakah kita ni memang sah sempurna dari segi apa pun? Semestinya ada kekurangan. Begitu juga saya, di sini saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri tentang berhijrah setengah jalan. Mudah mengalah dan hati yang tidak kuat melawan godaan, dugaan, cabaran serta kurangnya beristiqomah penyebab daripada gagalnya penghijrahan ini. 

Ini kisah saya tentang memakai hijab/tudung.. saya lebih selesa panggil tudung. Orang kata kalau nak berubah hati mesti ikhlas, mesti buat kerana Tuhan, mesti betul-betul sedia. Saya juga pernah merasa perasaan seumpama ini. Masa zaman kolej dulu saya memang tak pakai tudung. Dari segi pakaian tak payah cakaplah kalau diingat balik malu pula. Memang tak cukup kain, lebih baik pakai plastik tutup badan hahaha. Remaja baru nak up memang tak ada segan silu dan masa tu lah masa paling mudah kita nak try banyak benda. Betapa nakalnya saya masa tu tiba-tiba suatu saat datang pula rasa nak pakai tudung. Masa tu bulan puasa. Bulan puasa ni lain macam auranya, saitanis iblinis semua dikurung sebab itulah mudah nak buat benda-benda baik. Pendekkan cerita, saya pun ambil keputusan untuk bertudung. Sebab nak berubah tu bukan sebab orang lain tapi masa tu memang dari diri sendiri ada cahaya nur dekat dalam hati (kepala tumit engkau). Inilah yang saya maksudkan, saya memang rasa ingin berubah dengan ikhlas kerana Tuhan, memang kononnya sudah pun bersedia (muntah hijo mak ko hijo).
Saya pun deletelah semua gambar yang tak bertudung dalam facebook dan lain-lain aplikasi (bukan main tekad dan nekad lagi). Terus upload profile picture bertudung, banyak yang mendoakan baik-baik like pun berlambak. Datang kolej dengan imej baru yakin boleh. Siap pakai tudung style belit simpul biawak ikat tepi segala macam hasil tengok dari youtube. Masuk kelas orang ejek-ejek "macam yuna lah","macam najwa latif lah".. kau ghase? (dugaan bertudung konon). Dan saya pun teruslah bertudung  dengan pelbagai corak dan style tudung yang riang gembira feeling hijabista yang teramat.
Sampailah satu masa bulan puasa dah habis dan bulan seterusnya hati mula resah gelisah dengan bisikan saitanis durjana (setan dipersalahkan). Iman dah mula goyah dek hasutan dunia (ayat pemes karangan spm). Saya pun dah mula pandai buka tudung. Pandai rindu pakai shortpants pandai rindu pakai baju jarang pandai rindu mengibas rambut di tepi jalan raya (pun bolehh hahaha). Walau tiada yang menggoda tapi diri sendiri yang mengada. Suatu hari tu, planning dengan sepupu rapat saya, kami nak hangout jalan-jalan tengok wayang. Masa bersiap dalam bilik tengok dia tak pakai tudung hati saya mula goyah, seakan ada yang membisik "mesti aku lagi cantik kalau buka tudung", "panaslah, penatlah iron tudung, susahlah nak pakai tudung", "nanti jalan takde orang ngorat" (yang ni paling pemes bodohnya), "nanti muka tak nampak macam pan asian" (haaa yang ni melampau kasi muntah kahak bertelur), "susah nak dating rapat-rapat" (okay yang ni semua mengaku). Macam-macam tau bisikan saitanis ni supaya kita rasa tak senang hati pakai tudung. Saya pun mulalah pandai pakai pandai buka, sampailah saya dah bosan pakai tudung dan akhirnya terus tak pakai-pakai lagi. Nampak tak? Saya sendiri pernah rasa situasi ni. Kononnya tak nak jadi hipokrit, rasa bersalah pakai tudung rasa macam mempermainkan agama.. ni memang alasan yang paling hot. Tak ada orang hasut pun semua dari diri sendiri semua sebab kemahuan sendiri. 
Tapi satu benda yang saya kuatkan ialah untuk tetap bertudung masa datang kolej. Masa tu dekat luar saya dah memang tak pakai tudung lagi. Tapi datang kolej tetap pakai sebab apa? Sebab takut malu nanti orang sebok mengata, yelah saya berubah hangat hangat tayi kambing ja hahaha. Masa dekat kolej tu, malu punya pasal boleh pula bertahan.. tapi dekat luar tak tahu malu pula apaaa punyaaaa otakk (kepala hotak aku juga)

Apa yang silap dalam perubahan ni pun saya tak tahu. Ikhlas memang ikhlas tapi belum cukup sebab terselit tujuan nak berstylo tu. Yelah kalau betul-betul nak berubah kena tutup aurat dengan cara yang betul. Ini tak, pentingkan fesyen semata-mata asalkan rambut ditutup. Lepastu, tak beristiqomah.. ini yang penting tau kalau setakat berubah tapi hati tak sado tak boleh jalan. Solat pun tidak, ada pun hangat-hangat tahi lalat apa yang nak berhijrahnya. Ada orang cakap tak apa pelan-pelan lama-lama berubah lebih baik lagi. Tapi saya pula makin lama berubah jadi lebih teruk pula. 

Saya tak tahu bila saya mula pakai tudung balik. Kali ni saya betul-betul dah nekad. Masa tu saya dah lama kenal bf saya yang sekarang ni sudah pun menjadi suami, Alhamdulillah. Hubungan makin serius masa tu, dan dah mula bincang pasal kahwin. Umur saya 21tahun ketika itu umur dia pula 28tahun. Mak bapa pun dah bagi greenlight. Saya selalu berbincang dengan hati sendiri, betul ke saya nak kahwin 21tahun masih muda lagi, adakah saya dah puas enjoy, saya tak menyesal ke nanti dah tak dapat nak join kawan lepak buat kerja gila dan berbagai lagi bayangan demi bayangan yang saya fikirkan. Sampai saya rasa yang masa bujang saya dah cukup. Saya dah cuba banyak benda, dah pakai macam-macam pakaian, buat kerja gila dosa berlambak, merasai zaman sosial budak-budak remaja, paling last sekali saya lukakan hati mak bapa saya dengan satu kejadian yang melampau, lepas dah buat hal accident pula dan sampai tahap tu saya rasa saya patut berhenti dari kejahilan saya. Tuhan dah bagi nampak akibat daripada kelakuan buruk saya dan Tuhan masih beri peluang hidup. Waktu kejadian tu kereta saya bahagian depan hancur teruk tapi tiada sedikit luka dan calar pun dekat tubuh badan saya. Alhamdulillah Tuhan bagi petunjuk untuk sedar, apa lagi yang saya nak? Cukuplah saya rasa sampai tahap tu sahaja zaman gila saya. Sebab tu saya ambil keputusan untuk berubah jadi lebih baik. Saya terfikir untuk bertudung semula dan pilih untuk kahwin muda. Bila orang cakap "kau akan menyesal nanti kahwin awal, nanti kau tak dapat enjoy, jaga anak, kau masih muda belajar dulu kerja dulu puas-puas bla bla blaa", dan masa tu saya anggukkan sahaja. Saya tahu dan Tuhan tahu apa niat saya maka dia permudahkan. Saya pilih kahwin untuk lebih dekat dengan Tuhan, memperbetulkan lagi diri ini belajar menjadi lebih berdikari, mencari pahala sebagai seorang isteri, saya yakin selepas kahwin nanti lebih banyak benda baik yang akan berlaku, inilah cara saya berfikir untuk menguatkan lagi proses penghijrahan saya. Saya tak nak melepaskan orang yang menerima baik buruk saya (suami saya), saya tak nak lagi buat mak bapa hancur hati dan cukuplah saya memberi dosa kepada bapa saya, yelah selama kita belum kahwin bapa kitalah yang tanggung dosa kita dari kecik sampai besar Ya Allah kesiannya. Jadi, biarlah saya berkorban masa muda kerana masa tidak menunggu kita untuk berubah, kita tak tau sama ada esok lusa masih bernyawa, buatlah hal yang baik dengan cepat, berubahlah dan ubahlah hidup sementara Tuhan masih menyedarkan.
So, masa tu saya betul-betul rasa nak bertudung dan kali ni memang serius tapi tak berharap takut berulang lagi hal macam dulu, takut hangat-hangat tahi ayam juga nanti. Saya just pakai dan terus beristiqomah, berubah dari segi kelakuan sedikit demi sedikit dan belajar solat. Masa ni dah tak buat kerja-kerja gila dah, jarang keluar rumah, malas bergaul lepak melepak, keluar jumpa kawan pun susah. Salah satu ujian untuk kita, bila kita berubah untuk menjadi lebih baik dan menjadi diri kita yang baru, memang kita terpaksa menjauh daripada mereka (kawan-kawan) ataupun mereka yang akan perlahan-lahan tinggalkan kita tapi, teruskanlah melangkah asalkan Tuhan bersama kita dan orang-orang yang kita sayang sentiasa disamping, teruskan berjuang.

Walau tidaklah terlalu sempurna tetapi Alhamdulillah berterusan sampai tahap rasa segan dah nak buka balik. Sampailah saya kahwin masa 22tahun dan mempunyai anak pada usia 23tahun kini Alhamdulillah masih lagi memakai tudung. Bila dah ada anak ni, lagi mendalam rasa ingin berhijrah tu. Maksudnya, bukan dari segi pakaian ja tapi dari segi hati juga. Rasa membuak-buak nak mengejar pahala. Sekarang ni pula nak kuatkan iman untuk tetap bersolat 5waktu, yelah kadang-kadang pandai tinggal satu dua waktu tapi Alhamdulillah perlahan-lahan tetapkan usaha Tuhan pasti tolong. Kita sebagai isteri kalau nak masuk syurga solat 5waktu tak tinggal, taat perintah suami, jaga maruah suami jaga aurat InsyaAllah ditempatkan ditempat yang baik-baik.

Masih banyak yang saya perlu perbetulkan, walaupun kita bertudung tetapi masih ada bahagian-bahagian aurat yang mudah terdedah.. ini yang saya masih mahu pelajari dan perbetulkan. Apalagi tentang ibadah, terlalu banyak yang belum lengkap.
Korang pun mesti ada pengalaman macam ni kan. Kita manusia biasa tidak lari dari kesilapan, selagi kita sedar dan berusaha untuk berubah selagi tu Tuhan sentiasa membantu. 
Elakkan mengutuk atau menghina tentang orang-orang yang melakukan salah tetapi doakan yang baik-baik sahaja, masa depan kita siapa yang tahu takut nanti terkena kifarah. Doakan untuk diri kita sendiri juga agar Tuhan sentiasa memberi hidayah dan petunjuk buat kita semua.
Untuk anda semua yang sedang berusaha untuk berubah menjadi lebih baik, goodluck ya. Doakan saya juga. Jom sama-sama ubah diri ubah kehidupan selagi masih bernafas :) 

Thanks xoxo.

No comments:

Post a Comment