Assalammualaikum..
Okay skip cerita preggy jap. Ni saya nak story pasal mi segera, "samyang ramen" yang kian popular masa kini. Mula-mula nampak dalam youtube ramai yang buat "ramen challenge". Mee segera dari Korea yang pedasnya bukan calang-calang ye anak-anak sekalian. Masa tu saya tengok youtube Asyalliee, dia try makan samyang ni.. memang dia taubatlah tak nak makan lagi. Tengok dia makan terus teringin nak rasa tapi saya bukan jenis yang tahan pedas. Tengok dia makan pun boleh terliur macam sedap je macam lazat je hehehe. Tambahan pula saya memang suka makanan korea. My lucky (suami) pun teringin nak try tapi masa tu samyang ni susah nak cari, jual dekat online ja itupun mengada diorang letak harga. RM30 ke atas tau (1pek ada 5bungkus). Lainlah sekarang kan, berlambak dah jual dekat tesco pun dah ada murah pula tu RM24 1pek.
So, oneday tu my ipar buat samyang challenge suruh kitorang makan samyang. Lepas makan sampai habis, kena suruh tunggu 5minit dulu sebelum minum air. Siapa tahan dialah menang. So, aku pun iyooo kan ja kononnya mampu lah. Sekali masuk dalam mulut memang sedap, beberapa saat kemudian.. boommmm meletopsss lidah chuolsss rasa membuak-buak sampai ke otak perit dan pedihnya. Makin lama kau makan makin hancur anak lidah macam kena api wehhh (over tak?) Konfemlah memang saya yang berhenti dan mengalah hahaha. Hingus mencurah lidah gelisah menikam jiwa, cehhh.
Tapi, minda saya masih terngiang-ngiang rasa samyang tu. Memang kena dengan selera i loikkeee cuma tahap kepedasan tu yang tak dapat diterima bumi. So, saya pun minta my lucky belikan 1pek untuk saya. Sampai rumah masih juga saya kuatkan iman didada untuk makan. Buat air sejuk penuh ais satu jug kononnya boleh hilangkan pedas. Persediaan makan samyang macam susun jadual buku dalam beg sekolah. Sekali dah makan perghhhh ku tahan pedas tu sambil hentak-hentak kaki tau telinga panas bulu roma semua naik. Tapi sedap punya pasal saya telan. My lucky relax ja makan, ntahlah dia berusaha untuk bertahan ke atau saja nak tunjuk hebat. Bila saya tanya pedas ke idok "takdelah,okay je" tapi hingus dia meleleh bukan main.. hahaha. Dan sama juga saya makan tak habis. Minum air sejuk sampai kembung perut, makan ais lagi tambah menusuk lidah. Pernah dengar orang cakap letak gula dalam lidah boleh hilangkan pedas. Saya pun letaklah dalam lidah andddddd wooooo!!! Korang pernah nampak kan minyak panas tu kalau kena percik air macam mana? Itulah bayangannya. Menangis lidah gengg!!! Betul-betul kena seksa lidah hidup-hidup. Memang taubat dah ntah siapa lah yang bagi petua tu. Nak minum susu masa tu tapi tak ada lah pula.
Tapi, saya tetap tidak berputus asa. Saya cuba dan cuba sampailah saya dah terbiasa makan tanpa aksi kesurupan lagi. Ada beberapa cara yang saya dah cuba untuk mengurangkan seksa zahir batin dan akhirnya saya dah jumpa. Bukanlah pro tapi ini memang berkesan untuk saya, tak tau lah kalau orang lain kan. Ada yang letak keju, letak air banyak-banyak dah macam sup pula jadinya. Tapi saya just tak nak hilangkan rasa asli samyang tu.
So, ini tips untuk gagah menghadapi samyang ;
1. Masa toskan mi, bilaslah (bilas pun bolehhh) sikit dengan air jangan bagi mee tu panas sangat, itu yang terbakooo lidah tu dan jangan bagi sejuk terus pula sebab nanti tak sedap.
2. Dalam packet tu tulis letak air 8sudu kan, tak payah letak banyak macam tu pun. Ada air sikit pun jadilah baru rasa perencah samyang lagi pekat dan delicious nyumnyummm.
3. Sediakan susu. Ini wajib ya, susu apa sahaja kalau full cream lagi bagus. Susu HL tak digalakkan, tak power macam air susu biasa. Kalau bukan jenis suka minum susu, den tak dapat tolong. Kalau minum air lain selain susu memang pedas akan berganda tambah-tambah lagi kalau air suam sahaja memang menangis lah lidah.
4. Okay yang ini masa makan, ini petua terunggul and the best. Pastikan kunyah disatu bahagian sahaja. Maksudnya, kalau kunyah dalam mulut sebelah kanan, kanan sahaja jangan kunyah sebelah kiri lagi. Means jangan guna semua bahagian. Pastikan satu bahagian sahaja sampai habis. Ini dapat kurangkan pedas tak ada lah satu mulut kau terbakar nanti. Dan pedas pun dapat hilang dengan cepat.
5. Macam orang cakap, jangan stop-stop makan tu. Makan ja terus sampai habis. Jangan makan sikit lepastu main hp, makan sikit, tidur kejap.. jangan okay. Itu akan menaikkan tahap kepanasan dalam otak. Sebab tu lah kalau nak makan samyang pastikan betul-betul lapar supaya masa makan fokus kebulur.
6. Kalau nak letak makanan lain dalam tu pun boleh, macam letak sosej or ayam carik. Itu pun membantu juga. Tapi kalau nak feeling rasa samyang yang pure tak payah letak pun dah mabeles.
7. Lepas dah bertahan dengan penyeksaan mental, minum susu slow-slow okay bukan sekali teguk. Minum sambil menghayati rasa susu tu. And finally, rasa pedas tu akan hilang perlahan-lahan. And bila masih tersisa rasa pedas sikit-sikit tu buat relax tak payah fikir sangat dan move on hahahaha.
Tu lah sedikit petua, mungkin ada yang rasa petua ni macam tak betul ja, macam tipu ja, but cuba try beberapa kali. Nanti lama-lama akan terbiasa. Saya sabahan tak berapa makan pedas sangat. Kahwin dengan orang semenanjung yang selera pedas, and masa first rasa masakan mother in law dulu, tahan jiwa menangis usus perut pedasnyaaa.. memang kejutan budaya tapi lama-lama dah biasa sikit. Tapi lepas makan samyang selalu, memang masakan mother in law tu pedasnya hanya so so sahaja cehhhhh hahahaha. Lidah dah kebal lah katakan sebab dah makan pedas tahap gunung berapi kononnya. Kalau masakan melayu pedas memang menduga tapi lepas minum air hilang, kalau samyang ni kesannya lama sampai menusuk ke tulang sumsum. Tapi saya still tak dapatlah nak tahan pedas untuk buat ramen challenge seumpama itu ya, i need my milk desperately sesaat selepas habis samyang hehehhe.
Saya masih menyusukan anak, first makan memang Putra meragam subuh-subuh kembung perut kesian dia. Tapi bila dia dah 7bulan, tak ada kesan dekat dia dah. Lagi pun saya bukanlah makan hari-hari mungkin seminggu sekali itu pun kalau betul-betul teringin.
Saya lebih suka samyang dalam packet daripada cup sebab mee packet lagi besar dan kenyal paling best banyak. Kalau dalam cup besar tu boleh tahan lah tapi mee kecik tahap pedas pun kurang sikit. Untuk yang nak try tapi memang tak tahan pedas beli ja cup kecik tu. Kalau yang kecik tu memang tak pedas tak payah susu and minum air yang banyak pun. Cuma mee dia sikit and nipis ja macam tiga kali suap dah gone forever. Yang packet tetap yang paling asli dan meletopsss hehehe.
Semoga perkongsian ini boleh membantu untuk korang yang suka makan samyang tapi takut pedas menggila. InsyaAllah tak akan sakit perut and berry-berry pun. Selamat mencuba.
Thanks xoxo.
Saya pon suka makan ramen 🍜 tp kalau saya makan ramen kene ada ayam pedas baru syokk .. pastu dengan air tehh panas fuhhh .. try lahh
ReplyDelete