Thursday, 22 September 2016

Instagram dan Kaki Stalker

Assalammualaikum semuanya..

So, kali ni bahagian kedua pula untuk sambungan dari tajuk Instagram dan Ragam Penduduknya tu.. kepada yang belum lagi baca bahagian 1 tu pegi lah belek-belek blog saya cari sampai dapat okay.


Kaki Stalker

Zaman moden sekarang ni orang dah tak main "friendster" dan "myspace" lagi. Semua tu dah tak wujud lagi kot. Saya ada friendster masa zaman sekolah dulu. Lepas balik sekolah terus pergi ke Cyber Cafe untuk login fs, popular gila tau.. saya masih ingat lagi fs saya masa tu cantik gila ramai friends pula tu (buat-buat cerita mentang-mentang orang tak dapat cek). Paling best pasal fs ni kalau ada fs lain yang buka fs kita, kita akan dapat tengok tau. Ada history untuk tunjuk fs orang lain yang stalk fs kita. Kalau fs ni masih wujud mesti gempak. 
Tapi sekarang ni macam yang kamu tahu "instagram/ig"  adalah tempat melepakkan muka yang paling popular. Selain itu juga ianya boleh mendatangkan penyakit merbahaya. Apakah penyakit itu? Salah satunya ialah Stalker. Tipulah kalau main ig tapi tak pernah stalker orang, alaa jangan senyum-senyum monyetlah dekat sana mengaku ja lah hehehe (ketawa munyit)

Apakah contoh-contoh orang yang terjebak dalam penyakit stalker? Mari kita perhatikan jeng jeng jeng (suara latar)

1. Bangun pagi, tayi mata setempek masih segar dekat mata, berus gigi pun belum.. terus gapai hp buka ig tengok orang yang kau nak sangat tengok tu. Nak tau dia ada post gambar baru atau tak.
Kalau tak ada orang yang kau nak tengok pun, kau akan scroll home sampai ke bawah sampai ke lobang tayi tengok muka makhluk-makhluk yang berlalu pergi, lepastu kau penat rasa mengantuk then kau sambung tidur balik. Ini sejenis tak ada tujuan hidup tertentu atau sejenis kacang buncis.

2. Hp asyik dekat genggaman tangan ja, bila orang nak pinjam hp kau, kau akan buat muka bengis macam kucing yang takut makanan dia dicuri. Kau akan bagi alasan hp lowbatt sebab kau nak save battery untuk meneruskan pekerjaan menstalk. Berjalan ke hulu ke hilir sambil tengok hp, asyik asyik asyikkk dengan ig. Ini ialah sejenis asyik asyiknya bercintaaaa~ (sambungan lagu tadi)

3. Tidak fokus nak buat apa-apa kerja, nak buat assignment tapi mata nak cari hp ja. Mak suruh lipat kain tapi tangan asyik nak scroll ig ja. Tengah masak maggi tapi tangan tengah masuk ig juga, lepas habis makan maggi sambung balik buka ig lepastu baru teringat tadi masak maggi lupa letak telur. Ini sejenis otak bertelur. 

4. Lupa ingatan. Seminit lalu plan nak ulangkaji subjek pendidikan jasmani, tiba-tiba tanpa disedari tangan tengah scroll home ig dalam beberapa saat lepastu kau blurr dan terfikir "apasal aku main ig ni, tadi aku nak buat apa eh?", automatik penyakit stalker tu buat tangan dan otak kau bercelaru. Pernah tak mengalami sindrom seumpama ini? Alaa sama macam kau nak ke dapur ambil kain lap tapi tiba-tiba pula kau slumber buka peti sejuk lepas tu blank nak buat apa (sambil perhatikan botol sos cili). Ini pula sejenis urat-urat saraf tidak berhubung.

5. Ini paling sadis. Contoh last yang saya pilih ni yang paling sakit diantara yang sakit. Mengabaikan persekitaran dan diri sendiri. Sampai lupa makan lupa kerja-kerja yang penting. Habis satu, satu lagi dia stalk, nampak picture yang ni ada tag yang tu, yang tu pula dia sambung stalk bergilir-gilir sampai 7 keturunan orang tu dia nak stalk. Diri sendiri terabai, tak mandi tak makan habit main ig tu sangat kuat. Lantaklah orang sekeliling, sudah berganti-ganti perompak keluar masuk rumah tapi itu cuma angin sepoi-sepoi bagi dia. Tekunnya stalk ig macam dunia ni tiada penghujung. Masa pun berlalu pergi. Inilah yang dinamakan sejenis kacang bendi (tiada kena mengena)

Orang-orang yang kau stalk dan tujuannya adalah seperti :

- Mereka yang banyak like/komen gambar pasangan kau. Kau gatal hati nak tau apasal dia asyik like gambar boyf kau, kalau ada yang komen lagi lah kau rasa macam sesuatu kan kot kot perempuan tu minat boyf kau, nak usha boyf kau lah tu. Kau lupa yang boyf kau muka macam getah sayur ja tapi kau feeling lebih.

- Perempuan/lelaki yang hot, cantik/macho, stylo, instafamous. Kau suka something yang cantik, pantang nampak ig girl yang hot sikit teruslah kau buka then kau bandingkan dengan diri kau lantas kau kecewa kerana kau hanyalah kacang buncis. Nampak mamat sado wuhuuu terus buka nak kira berapa ketul pau kat lengan dia (sumpah bukan saya) hahahaha. Sekarang ni banyak public figure dalam ig atau pun instafamous, diorang post video yang kelakar dan viral contoh macam ucopppp, luqmanpodolski.. (betul ke ejaan tu?) Yang ni saya pun stalk juga sebab saya suka tengok video yang kelakar. Macam yang tengah trend sekarang ni video pasal bebudak wicet, "picture husband", "kaki cream".. hahaha, lepasni saya buat ragam bebudak wicet pula setuju ke idok (angguk-angguk) Selain tu, kau suka buka ig perempuan yang kaki makeup, dari situlah kau terjebak dalam bidang lukis kening (eh itu macam aku ja). Kau tengok dia buat tutorial macam senang cuba kau pula yang buat, kening kau tu dah jadi macam pembaris tak pun macam setepek lintah melekat dekat kening. 

- Ex-girlfriend pasangan kau/masa lalu yang berkaitan (ini paling pemes). Macam biasalah perempuan ni memang kuat ambil tahu hal lalu. Itu kan cuma masa lalu dah moveon pun tapi kau yang masih nak ambil tahu sangat lepastu nanti kau sakit hati tengok komen-komen lama diorang tambahan pula ex-gf boyf kau cun pula tu haaa kan tak pasal-pasal hati kau masak sampai well done. So, tak hairanlah kalau insta boyf kau tu kau dah scan dari atas langit ke tujuh sampai bawah mantel bumi.

- Artis-artis (yang ni biasa). Siapalah yang tak pernah stalk artis kan. Kau pun mesti nak tau artis tu pakai produk apa. Kulit muka halus bagaikan kulit popiah walaupun guna filter, mulalah kau gelojoh stalk sampai dapat. Produk apa, jenama apa yang dia pakai, dia makan dekat mana shopping ke mana. Kalau peminat tegar tak apa asalkan jangan jadi tegar yang melampau sampai nak stalk lebih-lebih pula terlebih finatik. (u know what i mean)

- Musuh dari kurun ke 250masihi zaman jahiliah, di mana kau dan dia ada sejarah hitam dan saling berdendam. Tak kiralah musuh dari zaman sekolah yang pernah kutuk kau gemok tapi kau buat relax padahal dalam hati kau dah cop yang dia tu adalah musuh. Kau nak tau sangat apa dah jadi dengan orang yang jahat sangat dengan kau tu, tiba-tiba kau nampak dia bergambar dengan kawan baik kau sendiri jeng jeng jengggg (batu api) Apa pun yang terjadi kau nak stalk suka hati kau lah jangan sampai kau doakan yang tak baik untuk dia. Dendam dengan orang berdosa tau. Yang lalu biarlah berlalu ya (musuh tetap musuh) 

- Ex boyfriend kau (untuk mereka yang tidak moveon). Kalau yang baru putus cinta memang akan stalk ex kan. Konon konon dah block tapi gigih buat insta lain khas untuk menstalk (terasalah tu hahahah) Kau tak puas hatilah tu nak tengok ex kau tu boleh tak hidup tanpa kau, ada gf baru tak, dia masih heartbroken tak. Sekalinya tanggapan kau salah, dia nampaknya lebih bahagia dengan life baru banyak pula perempuan yang usha dia, ada gf baru cun dari kau pula tu. Kau pun teringat janji kupang dia waktu bercinta dulu, "saya tak boleh hidup tanpa awk, saya tak nak orang lain dah selain awk". Apakah semua ini, sejenis penipuan kupang yang telah memperbodohkan kau. Lupakanlah, mohon moveon dan janganlah lagi stalk ex korang yang hanyalah sekadar bekas makanan. Binalah hidup baru dan carilah pengganti baru. 

- Macam biasalah, orang yang kau akan stalk selalu ialah orang yang kau minat atau forever crush kau (orang yang kau dah lama suka dalam diam). Crush ni tak semestinya kau suka dia maksud nak bercinta tapi ada yang just maksudkan sebagai orang yang kau "suka" sahaja, suka semua dari atas sampai bawah tiada sedikit pun kekurangan dia yang buat kau berputus asa untuk meminatinya. Lelaki perempuan pun boleh. Macam saya crush utama mestilah suami saya (crush selamanya cia cia ciaaa), and crush saya dari zaman sekolah lagi ialah artis korea hahaha. Zaman sekolah dulu saya minat kpop tapi tak suka yang group menari buat muka comel semua tu. Saya suka vokalis band FT Island (rockband) nanti korang google lah sendiri nama dia Lee Hong Ki, nama insta saya dulu ekahongki gituu hahaha nampak tak mengadanya zaman bebudak remaja dulu hahahhaah. Suami saya memang tau sangat and dia pun ikut minat sekali sampai dia belikan saya tiket untuk ke Concert Ft Island dekat Malaysia, sweet sangat kan tapi saaayyyyaanngggg~ konsert dibatalkan dan hatiku remuk sampai sekarang belum moveon. Tapi semenjak dah kahwin ni dah tak ada lagi crush sebab dah tak boleh masuk ke dalam hati yang penuh dengan muka suamiku sahaja (mohon jangan muntah diblog saya hahahah) Balik kepada cerita korang pula, mesti ada crush kan, selain crush dengan artis mesti crush dengan orang biasa.. kalau tak minat yang single pun ada yang minat dengan lelaki yang dah ada gf. Jangan pula kau slumber nampakkan yang kau minat dia tak pasal-pasal kau main tarik rambut dengan gf dia pula. Bukan nak menggalakkan isu perampasan tetapi kau cuma suka ja pun yang penting kau hormat relay orang jangan kau nak ngada tunjuk belang pula jangan cari nahas. Crush punya undang-undang selalunya kau kena sentiasa dalam mood silent. Sama ada dia tau kau wujud atau tidak, kau tetap tak perlu nak bagi hint hint sangat dekat dia. Stay diam-diam sahaja dan kadang-kadang yang diam-diam ni akan berjaya menakhluki crush mereka suatu hari nanti jangan try so hard. Smooth is more better. Tapi kalau diam-diam macam mana nak dapat kan. Well, trust your instinct, kalau dia jodoh oneday dia akan perasan kehadiran kau even bukan jodoh maybe akan dipinjamkan sekejap. Alaa, nanti kau akan faham juga hehehe yang penting jangan nak crush dengan suami orang pula berdosa tau. So beware ya crush is everywhere, manatau dia pun tengah crush dekat kau (memberi harapan)
- Dan lain-lain tu korang tambahlah sendiri ya hehehehe

Kesan-kesan selepas menstalker;

- Kau insecure, tak yakin, lemah diri rasa diri kau hodoh lepastu sakit hati sendiri, lagi teruk kau tak nak makan nak diet nak kurus macam si peah tu juga, kau rasa buah dada dia lagi besar dari kau, kau pun rasa nak tanam tembikai dekat buah dada kau, kau pun nak belajar makeup macam si kiah tu tapi kau tak ada duit nak beli makeup dan kau terus mereput menggelupur tanam otak kau dalam kesedihan. Kau nampak dia lagi cantik, rambut dia kepokkepok, dan kau terus tengok cermin.. muka kau sebiji macam selipar berdaki. Kau pun mula rasa down down downnn sampai ke lubang cacing. Nampak bontot member mantopppp kau pun nak buat senaman punggung squat yang hanya bertahan 3hari sahaja, bukan punggung makin naik tapi semakin mereput menjunam ke bawah pula, terpaksalah beli spender bontot palsu (tidak bersyukur dengan diri sendiri)
- Kau nampak si jenah tu pakai beg hermes kau pun nak juga walau beli yang copy sahaja. Jenah pakai produk ni kau pun nak juga, dia pakai lipstick color tu kau pun nak juga, kau mula meminta dekat mak bapa atau pasangan kau nak beli itu ini semata-mata kau nampak si jenah ada barang yang kau tak ada. Nampak Che Tah pakai beg Chanel, kau pun berliur tengok nak satu juga. Nampak jiran pakai pandora, pakai gucci pakai tudung fareeda kau pun nak juga (sejenis copy paste) Kalau family kau sejenis yang mampu tak apa tetapi kalau biasa-biasa sahaja tu kau kena fikir sendiri lah ya jangan sebab nak glamour kau lupa diri lupa latar belakang okay.

Pokoknya, terlalu banyak kesan negatif daripada habit stalker ni. Kadang-kadang boleh menyebabkan pergaduhan tau.  

Tapi kesan baik pun ada juga. Contohnya bila kau suka stalk orang-orang yang sering upload tentang nasihat, agama, kata-kata semangat.. secara tidak langsung boleh beri kesan baik terhadap diri kau. Ada orang yang tergerak hatinya untuk berubah jadi lebih baik dengan hanya membaca ayat-ayat dalam gambar yang kau upload tau. Maksudnya kalau kau upload gambar tentang bacaan Al-Quran atau hadis macam tu, bila dia baca terkesan pula dekat dalam hati dia.. kau dapat pahala dia pun dapat kebaikan. Sebab tu lah daripada kita asyik upload gambar muka kita memanjang selitkan lah juga gambar-gambar yang mendatangkan kebaikan.

Apa kesalahan yang utama semasa kau stalk orang? 
* Kau tengah syok stalk tiba-tiba kau ter-tap gambar dia dua kali, yaaa DUA KALI dan ketika itu muka kau terus berdenyut terus bertukar warna biru otak celaru fikiran tak tentu. Orang yang kau terlike tu pula ialah crush kau ataupun musuh ataupun ex-girlfriend boyf kau????? Oh noooo!!! Malu semalu malunya. Kau dah terlike then kau nak unlike balik? Macam mana kalau masa kau nak tekan unlike tu tapi dia dah memang nampak kau like gambar dia?? Ahhaaaaa seperti tayi katak setepek dekat muka kau hahahaha. Pernah kan rasa macam ni? Terpaksalah kau redha ye (muka tembok)

So, ini cerita just suka-suka sahaja jangan nak terasa melebih kalau kau memang buat pun hehhehe. Chill lah kita sama-sama perempuan cuma saya tak tau nak imagine tentang lelaki, apa tujuan stalk, siapa diorang suka stalk.. saya memang tak tau.. sebab tu just bagi contoh bagi pihak perempuan dan semua info ni saya dapat dari pengalaman sendiri dan kebanyakannya daripada kawan-kawan. Kalau korang suka, share lah ye kalau tak saya akan perbetulkan lagi. Sorry jikalau ada tersalah kata. 

Thanks xoxo.

Thursday, 8 September 2016

Whatsapp White Screen

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalammualaikum.. 

Ini dah kali kedua saya dilanda virus white screen dekat whatsapp. Tak tau lah sama ada pengguna iphone sahaja yang mendapat, dengar-dengar android pun ada juga yang terkena. Tiba-tiba buka whatsapp dah jadi skrin putih terus rasa panik, nak delete payah nak download balik habis kuota, chat-chat yang penting dekat dalam tu takut hilang pula semua. Dulu saya tak tau apa punca iphone saya dilanda musibat ni (marah sungguh). Baca punya baca dekat google terjumpalah satu tulisan ni yang menyatakan punca white screen ni daripada satu teks yang kita terima. Konfem korang pun mesti pernah nampak teks macam ni, saya pun ada dapat teks ni dalam whatsapp group.




So, saya nak bagi tips step by step untuk mengembalikan keanjalan whatsapp anda. Memang berbaloi dan berkesan dengan iphone saya. 

1. Pergi ke "Setting" iphone

2. Tekan "Privacy" 

3. Cari dan masuk bahagian "Contacts"

4. Dekat bahagian Whatsapp tu korang "disable" kan

5. Kemudian keluar balik dan masuk apps Whatsapp korang, jangan gatal tangan nak tekan apa-apa dulu

6. Terus tekan "Settings" whatsapp

7. Pergi ke bahagian "Chats"

8. Kemudian tekan "Archive All Chats"

9. Lepastu keluar balik, nak bersihkan whatsapp kat multitasking pun boleh tapi saya tak buat 

10. Masuk balik Whatsapp, dah sembuh balik tapi kosong? Jangan panik chats korang semua kan dah simpan dalam "Archived chats". Buka je dekat sana, kalau nak masukkan ke ruang Chats balik just slide ke kiri dan unarchive back sahaja

11. Lepastu korang tekan "New Chat" dan akan terus dibawa ke setting untuk enable kan semula apa yang korang disable tadi.. alaa yang step no.4 tadi tu. So, tekan je "enable"

12. Haaa semuanya dah selamat, seperti sedia kala kembali mungil dan dah boleh guna macam biasa.. nak step apa lagi? Bagi steppekk kang

Korang deletelah teks merbahaya itu, screenshot tips ni incase kalau oneday korang pun kena (menyumpah hahaha). Selamat mencuba dan semoga tips ni berkesan untuk korang juga.

Untuk apa-apa pertanyaan sila tanggalkan pesanan hehehe.

Thanks xoxo.

Thursday, 1 September 2016

Uqasha Senrose Safiey Ilias ( Half Hijrah )

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalammualaikum semuanya.

Kecoh satu Malaysia yang Uqasha Senrose, pelakon wanita terkenal akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berhijab lagi. Dia artis pertama dekat Malaysia ni yang berani buat keputusan gempar macam tu. Sebelum ini saya pernah mengikuti perkembangan artis seberang di Indonesia, pelakon dan penyanyi terkenal, Marshanda. Dia dah lama kahwin dan sudah pun dikurniakan seorang anak. Masa kahwin dah memang berhijab pun. Tuptup beberapa tahun kemudian bercerai, then dia terus ambil keputusan untuk tidak memakai hijab lagi. Kecoh satu Indon tu, banyak yang kritik dan ada juga yang sokong. Samalah macam cerita Uqasha yang dah lama berhijab tiba-tiba nak buka tudung pula. Masa baca cerita pasal Marshanda dulu, tak pernah terfikir yang akan ada artis dekat Malaysia ni berani buat macam tu sampailah terbaca sendiri gosip tentang Uqasha, sangat terkejut dan tak dapat nak fikir macam mana beraninya dia buat keputusan yang boleh mengundang kontroversi macam tu.

Bukan itu sahaja, malah kita digemparkan lagi dengan kisah seorang usahawan kaya, yang dulunya seorang "pondan" (maaf kalau bahasa agak kasar) kemudian telah berhijrah menjadi lelaki semula. Perubahan beliau banyak disokong oleh rakyat Malaysia, perubahan yang sangat hebat dimata masyarakat serta ramai yang mendoakan. Namun, baru-baru ini dia telah mengaku yang dirinya tidak lagi mampu menahan pelbagai dugaan dan mengambil keputusan untuk berubah menjadi seperti dulu lagi.Ramai yang terkejut dan tidak putus-putus menasihati dan berdoa agar dia mematikan niatnya untuk balik ke dunia hitamnya itu. Saya juga berharap agar Safiey Ilias yang setahun muda dari saya ini tetap beristiqomah dan kuat semangat untuk meneruskan setiap perubahan yang baik.

Sebelum kita nak mengkritik lebih-lebih, kita cerminkan diri kita dahulu adakah kita ni memang sah sempurna dari segi apa pun? Semestinya ada kekurangan. Begitu juga saya, di sini saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri tentang berhijrah setengah jalan. Mudah mengalah dan hati yang tidak kuat melawan godaan, dugaan, cabaran serta kurangnya beristiqomah penyebab daripada gagalnya penghijrahan ini. 

Ini kisah saya tentang memakai hijab/tudung.. saya lebih selesa panggil tudung. Orang kata kalau nak berubah hati mesti ikhlas, mesti buat kerana Tuhan, mesti betul-betul sedia. Saya juga pernah merasa perasaan seumpama ini. Masa zaman kolej dulu saya memang tak pakai tudung. Dari segi pakaian tak payah cakaplah kalau diingat balik malu pula. Memang tak cukup kain, lebih baik pakai plastik tutup badan hahaha. Remaja baru nak up memang tak ada segan silu dan masa tu lah masa paling mudah kita nak try banyak benda. Betapa nakalnya saya masa tu tiba-tiba suatu saat datang pula rasa nak pakai tudung. Masa tu bulan puasa. Bulan puasa ni lain macam auranya, saitanis iblinis semua dikurung sebab itulah mudah nak buat benda-benda baik. Pendekkan cerita, saya pun ambil keputusan untuk bertudung. Sebab nak berubah tu bukan sebab orang lain tapi masa tu memang dari diri sendiri ada cahaya nur dekat dalam hati (kepala tumit engkau). Inilah yang saya maksudkan, saya memang rasa ingin berubah dengan ikhlas kerana Tuhan, memang kononnya sudah pun bersedia (muntah hijo mak ko hijo).
Saya pun deletelah semua gambar yang tak bertudung dalam facebook dan lain-lain aplikasi (bukan main tekad dan nekad lagi). Terus upload profile picture bertudung, banyak yang mendoakan baik-baik like pun berlambak. Datang kolej dengan imej baru yakin boleh. Siap pakai tudung style belit simpul biawak ikat tepi segala macam hasil tengok dari youtube. Masuk kelas orang ejek-ejek "macam yuna lah","macam najwa latif lah".. kau ghase? (dugaan bertudung konon). Dan saya pun teruslah bertudung  dengan pelbagai corak dan style tudung yang riang gembira feeling hijabista yang teramat.
Sampailah satu masa bulan puasa dah habis dan bulan seterusnya hati mula resah gelisah dengan bisikan saitanis durjana (setan dipersalahkan). Iman dah mula goyah dek hasutan dunia (ayat pemes karangan spm). Saya pun dah mula pandai buka tudung. Pandai rindu pakai shortpants pandai rindu pakai baju jarang pandai rindu mengibas rambut di tepi jalan raya (pun bolehh hahaha). Walau tiada yang menggoda tapi diri sendiri yang mengada. Suatu hari tu, planning dengan sepupu rapat saya, kami nak hangout jalan-jalan tengok wayang. Masa bersiap dalam bilik tengok dia tak pakai tudung hati saya mula goyah, seakan ada yang membisik "mesti aku lagi cantik kalau buka tudung", "panaslah, penatlah iron tudung, susahlah nak pakai tudung", "nanti jalan takde orang ngorat" (yang ni paling pemes bodohnya), "nanti muka tak nampak macam pan asian" (haaa yang ni melampau kasi muntah kahak bertelur), "susah nak dating rapat-rapat" (okay yang ni semua mengaku). Macam-macam tau bisikan saitanis ni supaya kita rasa tak senang hati pakai tudung. Saya pun mulalah pandai pakai pandai buka, sampailah saya dah bosan pakai tudung dan akhirnya terus tak pakai-pakai lagi. Nampak tak? Saya sendiri pernah rasa situasi ni. Kononnya tak nak jadi hipokrit, rasa bersalah pakai tudung rasa macam mempermainkan agama.. ni memang alasan yang paling hot. Tak ada orang hasut pun semua dari diri sendiri semua sebab kemahuan sendiri. 
Tapi satu benda yang saya kuatkan ialah untuk tetap bertudung masa datang kolej. Masa tu dekat luar saya dah memang tak pakai tudung lagi. Tapi datang kolej tetap pakai sebab apa? Sebab takut malu nanti orang sebok mengata, yelah saya berubah hangat hangat tayi kambing ja hahaha. Masa dekat kolej tu, malu punya pasal boleh pula bertahan.. tapi dekat luar tak tahu malu pula apaaa punyaaaa otakk (kepala hotak aku juga)

Apa yang silap dalam perubahan ni pun saya tak tahu. Ikhlas memang ikhlas tapi belum cukup sebab terselit tujuan nak berstylo tu. Yelah kalau betul-betul nak berubah kena tutup aurat dengan cara yang betul. Ini tak, pentingkan fesyen semata-mata asalkan rambut ditutup. Lepastu, tak beristiqomah.. ini yang penting tau kalau setakat berubah tapi hati tak sado tak boleh jalan. Solat pun tidak, ada pun hangat-hangat tahi lalat apa yang nak berhijrahnya. Ada orang cakap tak apa pelan-pelan lama-lama berubah lebih baik lagi. Tapi saya pula makin lama berubah jadi lebih teruk pula. 

Saya tak tahu bila saya mula pakai tudung balik. Kali ni saya betul-betul dah nekad. Masa tu saya dah lama kenal bf saya yang sekarang ni sudah pun menjadi suami, Alhamdulillah. Hubungan makin serius masa tu, dan dah mula bincang pasal kahwin. Umur saya 21tahun ketika itu umur dia pula 28tahun. Mak bapa pun dah bagi greenlight. Saya selalu berbincang dengan hati sendiri, betul ke saya nak kahwin 21tahun masih muda lagi, adakah saya dah puas enjoy, saya tak menyesal ke nanti dah tak dapat nak join kawan lepak buat kerja gila dan berbagai lagi bayangan demi bayangan yang saya fikirkan. Sampai saya rasa yang masa bujang saya dah cukup. Saya dah cuba banyak benda, dah pakai macam-macam pakaian, buat kerja gila dosa berlambak, merasai zaman sosial budak-budak remaja, paling last sekali saya lukakan hati mak bapa saya dengan satu kejadian yang melampau, lepas dah buat hal accident pula dan sampai tahap tu saya rasa saya patut berhenti dari kejahilan saya. Tuhan dah bagi nampak akibat daripada kelakuan buruk saya dan Tuhan masih beri peluang hidup. Waktu kejadian tu kereta saya bahagian depan hancur teruk tapi tiada sedikit luka dan calar pun dekat tubuh badan saya. Alhamdulillah Tuhan bagi petunjuk untuk sedar, apa lagi yang saya nak? Cukuplah saya rasa sampai tahap tu sahaja zaman gila saya. Sebab tu saya ambil keputusan untuk berubah jadi lebih baik. Saya terfikir untuk bertudung semula dan pilih untuk kahwin muda. Bila orang cakap "kau akan menyesal nanti kahwin awal, nanti kau tak dapat enjoy, jaga anak, kau masih muda belajar dulu kerja dulu puas-puas bla bla blaa", dan masa tu saya anggukkan sahaja. Saya tahu dan Tuhan tahu apa niat saya maka dia permudahkan. Saya pilih kahwin untuk lebih dekat dengan Tuhan, memperbetulkan lagi diri ini belajar menjadi lebih berdikari, mencari pahala sebagai seorang isteri, saya yakin selepas kahwin nanti lebih banyak benda baik yang akan berlaku, inilah cara saya berfikir untuk menguatkan lagi proses penghijrahan saya. Saya tak nak melepaskan orang yang menerima baik buruk saya (suami saya), saya tak nak lagi buat mak bapa hancur hati dan cukuplah saya memberi dosa kepada bapa saya, yelah selama kita belum kahwin bapa kitalah yang tanggung dosa kita dari kecik sampai besar Ya Allah kesiannya. Jadi, biarlah saya berkorban masa muda kerana masa tidak menunggu kita untuk berubah, kita tak tau sama ada esok lusa masih bernyawa, buatlah hal yang baik dengan cepat, berubahlah dan ubahlah hidup sementara Tuhan masih menyedarkan.
So, masa tu saya betul-betul rasa nak bertudung dan kali ni memang serius tapi tak berharap takut berulang lagi hal macam dulu, takut hangat-hangat tahi ayam juga nanti. Saya just pakai dan terus beristiqomah, berubah dari segi kelakuan sedikit demi sedikit dan belajar solat. Masa ni dah tak buat kerja-kerja gila dah, jarang keluar rumah, malas bergaul lepak melepak, keluar jumpa kawan pun susah. Salah satu ujian untuk kita, bila kita berubah untuk menjadi lebih baik dan menjadi diri kita yang baru, memang kita terpaksa menjauh daripada mereka (kawan-kawan) ataupun mereka yang akan perlahan-lahan tinggalkan kita tapi, teruskanlah melangkah asalkan Tuhan bersama kita dan orang-orang yang kita sayang sentiasa disamping, teruskan berjuang.

Walau tidaklah terlalu sempurna tetapi Alhamdulillah berterusan sampai tahap rasa segan dah nak buka balik. Sampailah saya kahwin masa 22tahun dan mempunyai anak pada usia 23tahun kini Alhamdulillah masih lagi memakai tudung. Bila dah ada anak ni, lagi mendalam rasa ingin berhijrah tu. Maksudnya, bukan dari segi pakaian ja tapi dari segi hati juga. Rasa membuak-buak nak mengejar pahala. Sekarang ni pula nak kuatkan iman untuk tetap bersolat 5waktu, yelah kadang-kadang pandai tinggal satu dua waktu tapi Alhamdulillah perlahan-lahan tetapkan usaha Tuhan pasti tolong. Kita sebagai isteri kalau nak masuk syurga solat 5waktu tak tinggal, taat perintah suami, jaga maruah suami jaga aurat InsyaAllah ditempatkan ditempat yang baik-baik.

Masih banyak yang saya perlu perbetulkan, walaupun kita bertudung tetapi masih ada bahagian-bahagian aurat yang mudah terdedah.. ini yang saya masih mahu pelajari dan perbetulkan. Apalagi tentang ibadah, terlalu banyak yang belum lengkap.
Korang pun mesti ada pengalaman macam ni kan. Kita manusia biasa tidak lari dari kesilapan, selagi kita sedar dan berusaha untuk berubah selagi tu Tuhan sentiasa membantu. 
Elakkan mengutuk atau menghina tentang orang-orang yang melakukan salah tetapi doakan yang baik-baik sahaja, masa depan kita siapa yang tahu takut nanti terkena kifarah. Doakan untuk diri kita sendiri juga agar Tuhan sentiasa memberi hidayah dan petunjuk buat kita semua.
Untuk anda semua yang sedang berusaha untuk berubah menjadi lebih baik, goodluck ya. Doakan saya juga. Jom sama-sama ubah diri ubah kehidupan selagi masih bernafas :) 

Thanks xoxo.