Bismillahirrahmanirrahim dan Assalammualaikum semuanya.
Today saya nak bercerita tentang Instagram, ada yang tak tau kaa apa dia menatang "ig" ringkasan kepada instagram ni? Budak-budak pun tahu tau jangan kamu bikin malu kaum-kaum dewasa ya hahaha.
Bahagian 1
Ragam-ragam sekalian penduduk ig ni sangatlah berwarna-warni.
Ciri-cirinya;
1. Dia follow kau, lepas tu kau followback dia..tiba-tiba pula dia unfollow kau balik. Tujuan? Dia nak ramai "followers" tapi tak nak "following" banyak. Merujuk kepada kata kesat ianya disahkan sebagai "ajet-ajet famous". Dia berimaginasi bahawa sekiranya orang nampak ig dia, orang akan kata "eh, ramainya followers daripada following.. dia ni mesti popular kan" (tapi sebenarnya dia setiap hari membuang masa memfollow dan kemudian mengunfollow) Satu kelakuan yang akan dimasukkan ke dalam list pesakit mental seinstagram. Hahaha.
2. Bila kau follow dia, dia confirmed atau kau terus following (untuk yang private ig akan confirmkan dulu) Tetapi (yaaa masih ada tetapi..) Dia tak followback engkauu. Haa dah kenapa? Tujuan? Dia tak nak follow orang yang dia tak kenal. Tapi kalau kau ni artis ofcourse dia akan followback kau (di manakah keadilan) Sudah menjadi lumrah manusia kau tak popular siapa nak pandangkan. Okay back to the story, kenapa dia tak follow kau balik? Di situlah pertanyaan demi pertanyaan dikepala, dan ada dua cara sama ada kau biarkan ig dia menyemak kat wall kau ataupun kau unfollow dia balik. Itu kalau dia strangers dan kalau dia artis memang tak mungkinlah dia follow kau balik kan, dah nama pun artis takkan 2million follow dia, dia pun kena followback 2million tu memang jammedlah wall dia jawabnya. Masalah besar kat sini ialah kalau dia tu seseorang yang memang kenal kau but still dia tak followback kau, kau ghase?? Maka keluarlah bisikan haram dikepala kau.. "apahal dia tak follow aku balik eh? dia ingat dia artis ke? dia sengaja ke? dia ada masalah dengan aku ke? wehh apahal? wehh.." dan terngianglah dikepala tiap saat masa berak masa mandi setiap detik berlalu (melampau). Apalagi kalau dia tu member kau lagilah sakit kepala hotak kan. Nak nak ja kau unfollow balik tapi kau takut kau malu pula. Dalam hal ni tak tahu siapa yang bersalah dipersalah mengalah terkalah dan adakah ini dalam list mental juga? Kau jawab sendiri hahaha.
3. Okay yang ni bila dia follow kau then kau confirmed (kalau private ig), lepastu kau request nak follow dia balik (private ig juga).. detik demi detik berlalu dia tak accept pun request kau. Ini yang buat hairan. Motif? Adakah dia stalker (batu api) Atau terlalu banyak follower request yang perlu diconfirmkan so dia terlepas pandang ig kau..mustahil (lagi batu api batu lesung). Benda ni pernah terjadi dekat saya, and memang tanggapan pertama, "apasal dia tak accept aku, kenapa dia ja yang boleh tengok ig aku, kenapa dia tak bagi aku tengok ig dia, dia ni siapa? hmm sesuatu". Nak kata mereka ni stalker takut fitnah tapi memang pelik. Kes ni masih dalam siasatan di bawah kanun keseksaan menyeksa jiwa batin penduduk ig hehehe.
4. The conclusion daripada semua ini.. Macam mana terjadinya ragam-ragam di atas ni? Jawapannya melalui ragam kamu-kamu yang ada mendownload application "instatracker" (lebih kurang macam ni lah bunyinya). Fungsi app ini sama ada untuk mereka yang detail, berhati-hati, melayan fikiran negatif, saja-saja, atau lain-lain maksud.. di mana app ni mampu menyimpan data ig-ig yang memfollow difollow unfollow dll. Kesimpulannya, kalau kau dah ada app ni confirmlah akan terjadinya seperti ragam di atas. Tinggg! " 2minutes ago, "nurkumari sanjana" unfollow you ", Tingg! " 1second ago, "mujaimah kinting" unfollow you ".. Dengan pantas kau buka app tu then kau stress memikirkan kenapa si sanjana dan kinting tak guna tu unfollow kau. Lepastu kau unfollow diorang balik.. lepas kau moveon kau buka pula list "not follow you back" then kau nampaklah "mutu kumaran", "siti mujibur" did not follow you back, kau mula kesurupan lagi berfikir apasal si mutu tu masih lagi tak nak followback kau, kau pun hentaklah kepala kau dekat jalan tar (lebih melampau).. yang tu kau kesah tapi 1356 ig artis yang kau following tu dan masih dalam list "not following you" kau redhakan saja (adakah ini adil). Lepastu list "followers you did not followback" tu kau tak pandang pula konon-konon kau pun ajet retis, list ig yang kau tak followback tu kau buat-buat tak nampak pula.. "kiah ketompek" jiran belakang rumah kau, "kobis bin tarap" abang kedai runcit tu kau boleh pula tak followback, tapi bila kau yang tak difollowback kau kerasukan pula (oh dunia ini penuh kepalsuan). Nampak tak apa yang cuba saya sampaikan, yang lebih parah lagi inilah penyakitnya.. asyik usha app instatracker. Haa inilah punca segala bapak wabak ig. Kalau benda ni tak ada kau tak kesah punya kau difollow atau tak kau diblock ke dibuang negeri ke (tak ada kena mengena) kau tak akan kesah. Nak tahu the real parah bara yang panas membara kata awie wings tu? Bila kau letak kat bio ig "unfollow ig detected".. (okay yang ni sumpah saya tak pernah buat, promise hehehe)..like what? Itu adalah dalam list kanun mengugut kaum sejagat secara manja. Apakah yang membuatkan kau takut diunfollow? Adakah sebutir demi sebutir beras di rumah kau hilang disaat mereka mengunfollow kau? Adakah ianya perlu ditulis di ruangan bio yang tidak bersalah? Perlukah kita mengupah polis ig menangkap pesalah yang mengunfollow ig orang lain? Sehingga kini motif pelaku belum dapat difahami niat tersembunyinya hahaha. Serius, ini bermaksud kau dah terlebih addicted kesah pasal followers kau (adakah ini insecure? paranoid? paracetamol..) ini dah tahap kronik perlu mandi bunga secepatnya.
Chillll lah people sekalian, itu cuma instagram je kot tempat kita nak share apa yang kita suka tempat nak cari kawan bukan lawan bukan musuh malapetaka musibat disebat sebagainya. Pada pendapat saya, kita tak perlu sangat nak kesah pasal banyak benda just main je ig tu macam biasa jangan kesah kalau si mutusami, jenahkudapan or lain-lain tu tak follow kau balik.. Get a life bak kata budak-budak hot.. followlah orang yang kau memang sudi nak kawan, yang kau memang kenal, family member just to eratkan memori berkasih or ig yang ada faedah ig seller online ke lagi bagus boleh shopping online ada tv boleh beli (oh itu goshoplah). Ig ni bukan untuk instafamous je bukan sekadar nak fokus followers ramai, tetapkan dalam kepala hotak kau yang ig ni kau buat suka-suka je tak payah ambik kesah sangat tak mendatangkan pahala pun tak payah nak serius sangatlah kan. Oh saya pun diantara orang-orang yang pernah parah namun insaf (delete instatracker) hahaha.
So, sebelum mengundur diri diharap supaya kalian tidak terasa pedih ulu hati (minumlah gaviscon) kerana saya juga terasa pedasnya ya (pengalaman sendiri). Kalau ada salah dan kurang mahhapkan kami ya. Harap kamu semua dapat memahami menerima isi, konklusi moral value (adakah?) yang cuba disampaikan oleh saya ni hehehe.
Next time we will meet again dalam bahagian ke 2 ragam penduduk ig. Tungguuu and feel free to drop some comments.
Do follow my ig : adzeka18
Thanks semua xoxo.