Tuesday, 1 November 2016

Resepi Sambal Tumis Ikan Masin

Assalammualaikum..

Hari ni nak kongsikan satu resepi  yang tersangatlah simple. Sesuai untuk kita yang suka makan tapi malas masak. Oleh sebab Putra yang semakin manja dan suka melekat dekat badan ja, memang susah nak masak. Sabtu dan ahad ja lah peluang untuk masak dengan tenang sebab abi dia boleh jaga. Kalau hari biasa memang tunggang langgang dapur tu, belum habis potong bawang Putra dah merengek minta angkat, dia mana tahan duduk dalam baby walker lama-lama. Dulu-dulu bolehlah kita angkat macam anak kangaroo melekat dekat badan sambil masak, sekarang ni dah masuk 8bulan berat pun dah dekat 12kg memang meraunglah tulang tanganku yang longlai ni haaa. (panjang pula cerita, resepinya mana?)

Okay nak resepi kan, sambung cerita lagi (hampehhh).. Hari tu mama (makmertua) ada bagi ikan masin dan belacan dia beli dari Melaka. Sebelum tu memang teringin nak makan sambal ikan masin.. tiba-tiba rezeki datang bergolek terima kasih mama, Alhamdulillah. So, esoknya saya pun google lah resepi sambal ikan masin tapi resepi tu kebanyakannya guna cili boh, cili kering dan ada bahan-bahan yang kena kisar. 

Time nak masak tu, fikir punya fikir.. macam malas nak kisar itu ini itu ini, tak dapat imagine macam mana rasa sambal tu nanti takut pula tak sedap bila saya yang masak. Risiko tinggi lah pula hahaha. So, saya pun dapat idea yang paling senang. Tinggg!!!! Muncul imaginasi masakan hehehe.

Setelah banyak membebel inilah resepinya ; (Untuk 2 orang)

Bahan-bahan ~ 

• Ikan masin (potong kecik-kecik)
• Belacan (lebih kurang dua cubit)
• Bawang besar (hiris)
• Bawang merah (hiris)
• Cili padi (potong kecik-kecik, kalau suka lebih pedas guna lebih dari 5biji)
• Sos tiram
• Sos ikan
• Minyak masak (ini pun kena bagitau ka aiyooo)
*Sebelum mula masak, rendam dahulu ikan masin biar dia lembut senang potong dan dapat kurangkan masin yang melampau. 

Cara-cara ;

1. Panaskan minyak, goreng ikan masin yang sudah dipotong kecik-kecik. Goreng sampai garing lepastu angkat.

2. Guna minyak yang sama tadi, masukkan terus hirisan bawang besar, bawang merah dan cili padi. Kacau-kacau sikit dan masukkan belacan. 

3. Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi. Lepastu letaklah perasa, macam saya letak sedikit sos tiram dan sos ikan. Berapa banyak sos ikan? Alaa masa kau letak tu feeling sikit yang kau tu seorang chef hotel 5bintang, letaklah macam kau seorang yang pro masak jangan segan silu. Ye laa ye laaa, lebih kurang dua sudu makan gituu. Garam is no more hehehe. Tak letak garam nanti terlebih masin. 

*Lepastu kacaulah dalam beberapa minit bagi rasa menyatu bersatu lepastu siap hehehe.

Finally, dah siap. Sonang kan? Mungkin ada yang kata resepi ni senang sangat setakat tu ja pun nak tulis dekat blog, budak tadika pun tau lah kalau masak macam ni. Tapi, tak semua orang tau masakan simple macam ni tau. Ini untuk orang-orang seumpama saya yang baru nak berjinak dalam masakan, baru first time masak ikan masin, selama ni tau makan ja tapi sekarang dah tau masak. 

Haaa dekat bawah tu lah sambal tumis ikan masin iolss hehehe agak melampau kandungan bawang besar tu sebab saya suka makan bawang besar, jangan ketiak busuk sudah hahaha. Jangan pandang rupa, rasa yang penting (coverline). Apa-apa pun makan dengan sayur kobis tumis memang menambah nasi dua kali (akak konpiden)

So, saya dah cuba and I'm lovin it hehehe. Well, untuk korang yang berminat tu selamat mencuba chuolsss.


Thanks xoxo.

Saturday, 29 October 2016

Tips Makan Samyang dengan Tabah

Assalammualaikum.. 

Okay skip cerita preggy jap. Ni saya nak story pasal mi segera, "samyang ramen" yang kian popular masa kini. Mula-mula nampak dalam youtube ramai yang buat "ramen challenge". Mee segera dari Korea yang pedasnya bukan calang-calang ye anak-anak sekalian. Masa tu saya tengok youtube Asyalliee, dia try makan samyang ni.. memang dia taubatlah tak nak makan lagi. Tengok dia makan terus teringin nak rasa tapi saya bukan jenis yang tahan pedas. Tengok dia makan pun boleh terliur macam sedap je macam lazat je hehehe. Tambahan pula saya memang suka makanan korea. My lucky (suami) pun teringin nak try tapi masa tu samyang ni susah nak cari, jual dekat online ja itupun mengada diorang letak harga. RM30 ke atas tau (1pek ada 5bungkus). Lainlah sekarang kan, berlambak dah jual dekat tesco pun dah ada murah pula tu RM24 1pek. 

Inilah Samyang ajaib kegemaranku..

So, oneday tu my ipar buat samyang challenge suruh kitorang makan samyang. Lepas makan sampai habis, kena suruh tunggu 5minit dulu sebelum minum air. Siapa tahan dialah menang. So, aku pun iyooo kan ja kononnya mampu lah. Sekali masuk dalam mulut memang sedap, beberapa saat kemudian.. boommmm meletopsss lidah chuolsss rasa membuak-buak sampai ke otak perit dan pedihnya. Makin lama kau makan makin hancur anak lidah macam kena api wehhh (over tak?) Konfemlah memang saya yang berhenti dan mengalah hahaha. Hingus mencurah lidah gelisah menikam jiwa, cehhh. 

Tapi, minda saya masih terngiang-ngiang rasa samyang tu. Memang kena dengan selera i loikkeee cuma tahap kepedasan tu yang tak dapat diterima bumi. So, saya pun minta my lucky belikan 1pek untuk saya. Sampai rumah masih juga saya kuatkan iman didada untuk makan. Buat air sejuk penuh ais satu jug kononnya boleh hilangkan pedas. Persediaan makan samyang macam susun jadual buku dalam beg sekolah. Sekali dah makan perghhhh ku tahan pedas tu sambil hentak-hentak kaki tau telinga panas bulu roma semua naik. Tapi sedap punya pasal saya telan. My lucky relax ja makan, ntahlah dia berusaha untuk bertahan ke atau saja nak tunjuk hebat. Bila saya tanya pedas ke idok "takdelah,okay je" tapi hingus dia meleleh bukan main.. hahaha. Dan sama juga saya makan tak habis. Minum air sejuk sampai kembung perut, makan ais lagi tambah menusuk lidah. Pernah dengar orang cakap letak gula dalam lidah boleh hilangkan pedas. Saya pun letaklah dalam lidah andddddd wooooo!!! Korang pernah nampak kan minyak panas tu kalau kena percik air macam mana? Itulah bayangannya. Menangis lidah gengg!!! Betul-betul kena seksa lidah hidup-hidup. Memang taubat dah ntah siapa lah yang bagi petua tu. Nak minum susu masa tu tapi tak ada lah pula.

Tapi, saya tetap tidak berputus asa. Saya cuba dan cuba  sampailah saya dah terbiasa makan tanpa aksi kesurupan lagi. Ada beberapa cara yang saya dah cuba untuk mengurangkan seksa zahir batin dan akhirnya saya dah jumpa. Bukanlah pro tapi ini memang berkesan untuk saya, tak tau lah kalau orang lain kan. Ada yang letak keju, letak air banyak-banyak dah macam sup pula jadinya. Tapi saya just tak nak hilangkan rasa asli samyang tu. 

So, ini tips untuk gagah menghadapi samyang ;

1. Masa toskan mi, bilaslah (bilas pun bolehhh) sikit dengan air jangan bagi mee tu panas sangat, itu yang terbakooo lidah tu dan jangan bagi sejuk terus pula sebab nanti tak sedap.

2. Dalam packet tu tulis letak air 8sudu kan, tak payah letak banyak macam tu pun. Ada air sikit pun jadilah baru rasa perencah samyang lagi pekat dan delicious nyumnyummm. 

3. Sediakan susu. Ini wajib ya, susu apa sahaja kalau full cream lagi bagus. Susu HL tak digalakkan, tak power macam air susu biasa. Kalau bukan jenis suka minum susu, den tak dapat tolong. Kalau minum air lain selain susu memang pedas akan berganda tambah-tambah lagi kalau air suam sahaja memang menangis lah lidah.

4. Okay yang ini masa makan, ini petua terunggul and the best. Pastikan kunyah disatu bahagian sahaja. Maksudnya, kalau kunyah dalam mulut sebelah kanan, kanan sahaja jangan kunyah sebelah kiri lagi. Means jangan guna semua bahagian. Pastikan satu bahagian sahaja sampai habis. Ini dapat kurangkan pedas tak ada lah satu mulut kau terbakar nanti. Dan pedas pun dapat hilang dengan cepat.

5. Macam orang cakap, jangan stop-stop makan tu. Makan ja terus sampai habis. Jangan makan sikit lepastu main hp, makan sikit, tidur kejap.. jangan okay. Itu akan menaikkan tahap kepanasan dalam otak. Sebab tu lah kalau nak makan samyang pastikan betul-betul lapar supaya masa makan fokus kebulur. 

6. Kalau nak letak makanan lain dalam tu pun boleh, macam letak sosej or ayam carik. Itu pun membantu juga. Tapi kalau nak feeling rasa samyang yang pure tak payah letak pun dah mabeles.

7. Lepas dah bertahan dengan penyeksaan mental, minum susu slow-slow okay bukan sekali teguk. Minum sambil menghayati rasa susu tu. And finally, rasa pedas tu akan hilang perlahan-lahan. And bila masih tersisa rasa pedas sikit-sikit tu buat relax tak payah fikir sangat dan move on hahahaha. 

Tu lah sedikit petua, mungkin ada yang rasa petua ni macam tak betul ja, macam tipu ja, but cuba try beberapa kali. Nanti lama-lama akan terbiasa. Saya sabahan tak berapa makan pedas sangat. Kahwin dengan orang semenanjung yang selera pedas, and masa first rasa masakan mother in law dulu, tahan jiwa menangis usus perut pedasnyaaa.. memang kejutan budaya tapi lama-lama dah biasa sikit. Tapi lepas makan samyang selalu, memang masakan mother in law tu pedasnya hanya so so sahaja cehhhhh hahahaha. Lidah dah kebal lah katakan sebab dah makan pedas tahap gunung berapi kononnya. Kalau masakan melayu pedas memang menduga tapi lepas minum air hilang, kalau samyang ni kesannya lama sampai menusuk ke tulang sumsum. Tapi saya still tak dapatlah nak tahan pedas untuk buat ramen challenge seumpama itu ya, i need my milk desperately sesaat selepas habis samyang hehehhe. 

Saya masih menyusukan anak, first makan memang Putra meragam subuh-subuh kembung perut kesian dia. Tapi bila dia dah 7bulan, tak ada kesan dekat dia dah. Lagi pun saya bukanlah makan hari-hari mungkin seminggu sekali itu pun kalau betul-betul teringin. 

Saya lebih suka samyang dalam packet daripada cup sebab mee packet lagi besar dan kenyal paling best banyak. Kalau dalam cup besar tu boleh tahan lah tapi mee kecik tahap pedas pun kurang sikit. Untuk yang nak try tapi memang tak tahan pedas beli ja cup kecik tu. Kalau yang kecik tu memang tak pedas tak payah susu and minum air yang banyak pun. Cuma mee dia sikit and nipis ja macam tiga kali suap dah gone forever. Yang packet tetap yang paling asli dan meletopsss hehehe. 

Semoga perkongsian ini boleh membantu untuk korang yang suka makan samyang tapi takut pedas menggila. InsyaAllah tak akan sakit perut and berry-berry pun. Selamat mencuba. 

Thanks xoxo.


Wednesday, 19 October 2016

Pertama Kali Mengandung

Assalammualaikum semua..

Semua wanita inginkan zuriat, syukur Alhamdulillah saya salah seorang yang Tuhan pilih untuk merasai pengalaman seumpama ini. 

Mengandung. Sesuatu yang boleh buat kita terfikir besarnya kuasa Tuhan. Subhanallah, sangat menakjubkan. 

Dulu masa sekolah, saya dan kawan selalu bercerita tentang masa depan. "Tira, kau mau kawin umur berapa nanti? Aku mau kawin umur 25tahun lah macam tu.. tunggu ada kereta, rumah dulu baru mau kawin",kata saya. Kawan saya, Tira.. "Aku tak kisah kawin bila-bila pun lepas sekolah pun boleh, teringin ada anak awal hehehe". Masa tu, saya terus cakap,"Aku tak mau lah ada anak awal-awal, aku takut mengandung buat anak pun aku takut (bodoh sangat fikiran hahahaha)..Aku tak pandai jaga anaklah nanti suami aku sayang anak aku ja (ini lagi fikiran kolot si budak hingusan).. kalau kawin nanti boleh ka tak mau ada anak (ini bongok tahap telur)". 

Tapi betul tau, Alhamdulillah kawan baik saya tu memang kawin awal and terus dapat anak, dia memang bersifat keibuan sangat dari sekolah lagi walaupun orangnya kecik kecik cili padi. Itu ja lah kawan saya dari sekolah rendah sampai dah beranak pinak ni yang masih berhubung lagi. 

Saya pula? Haaa 25tahun lah sangat ya, tuptuppppp 22tahun dah gataiiii nak kawin hahaha. Tak sangka yang akhirnya saya dapat rasa perasaan nak jadi isteri orang, saya ingatkan kematangan saya dari segi itu akan lambat sampai hehehe. 

Saya kawin pada umur 22tahun dan Alhamdulillah telah dikurniakan seorang Putra yang hensem macam abi dia juga muka sebiji copy paste hahaha. Putra konfemlah baby boy kan. Finally, berjaya juga saya mengharungi pelbagai ujian. Nak tau pengalaman preggy saya? Jom baca.

Memandangkan tahun ni saya banyak tengok kawan-kawan yang baru mendirikan rumah tangga, yang baru nak kawin pun ada juga. Muda-muda pula tu sama macam saya yang masih setahun jagung tapi dah pilih hidup berumahtangga awal-awal lagi. Haa, lepas kawin kena ready pasal anak pula. Jom ambik feel sikit baca pengalaman saya mengandung before korang pula betul-betul merasa nanti. 

Bila dapat tahu yang perut ni dah "berisi" ?

Haa ini soalan yang kerap ditanya. Saya tak tau yang saya dah berisi sampailah suatu hari saya hairan dah lebih kurang 2bulan saya tak period lagi. Semua family cakap mungkin saya ni dah berisi tapi saya selalu nafikan. Saya just fikir lambat datang period tu hal normal sebab teringat dulu-dulu pun saya pernah sebulan tak period then bulan depan mesti akan period juga. Saya pun buat relax ja lah. Tapi ini dah 2bulan lebih so saya pun dah mula risau. 

Saya pernah cakap dekat husband lepas kawin tak nak ada anak awal-awal dulu sebab belum ready. Tapi suatu hari tu saya sebok dok tengok dekat google pasal hal preggy. Saya siap save lagi info-info pasal mengandung, sedangkan masa tu saya tak tau yang saya tengah mengandung. Tapi jauh dalam hati tu ada satu perasaan ready nak ada anak. Saya suka tengok gambar baby, tengok orang yang mengandung, ibu-ibu yang ada anak. Tiba-tiba pula kan. Masa tu juga suami selalu main-mainkan saya, saya mengadu cakap perut saya macam ada rasa sakit then dia pun pegang perut saya sambil cakap, "Kesian baby dekat dalam perut ni". Wehh, itu satu doa, tak sangka masa dia selalu main-main cakap macam tu memang dah ada pun baby dalam tu tapi kitorang masih tak tau lagi. Saya pun selalu usap-usap perut saya tanpa sebab.

One day tu mak mertua saya pula kata dia tengok saya ni macam preggy, mata orang tua kan ntah macam mana diorang boleh agak benda-benda macam tu. Saya buat donno ja tapi dalam fikiran terngiang-ngiang sampai malam tu terbawa dalam mimpi yang saya beli pregnancy test, lepastu saya cek dan "positive". Haaa sampai diseru dari mimpi kauuuu hebat tak kuasa Tuhan. Esoknya barulah saya tergerak hati nak beli pregnancy test tu betul-betul, teringat pasal mimpi tu then feeling something dan terus bawa my lucky (suami) ke Guardian cari benda magic tu. Excited tau, sampai rumah ja saya terus buat langkah-langkah dot dot dottt dalam bilik mandi. Ntah kenapa dalam hati berharap sangat yang tester tu keluar "dua line". Lepas celup ja dengan lajunya dua line tu muncul, Ya Allah..Tuhan ja tau perasaan saya masa tu. Rasa macam "Ya Allah, betul ka ni??!" Riak muka saya masa tu? Sukar digambarkan yang penting lepas nampak ja benda magic tu "positive" saya terus nangis seorang diri dalam bilik mandi kalau boleh nak menjerit hahahhaha. Perasaan sedih terharu takut gementar ehh semualah ada. Sebab tak sangka yang ada sesuatu membesar dan hidup dekat dalam perut kita. Selama ni saya simpan lemak ja dekat perut tu tapi sekarang ni dah ada makhluk yang bernyawa dan itu adalah anak saya sendiri. Subhanallah kan. Dulu masa tingkatan tiga belajar sains pasal kejadian baby ni, masa tu saya rasa geli tau terus tak nak kawin, budak-budak hingusan sangat. Sekali dah ada betul-betul dalam perut tu, otak pun terus beku hehehe. Rasa takut memang takut tapi gembira tu tak terhingga sebab memang dah teringin nak ada baby. Saya pun terus jumpa lucky yang tengah tunggu saya kat bilik sebok nak tau juga. Saya lap air mata saya gagahkan berdepan dengan lucky. Ingatkan boleh buat cool, sekali tengok muka dia terus nangis lagi. Dia tanya macam mana, saya dah tak dapat nak cakap, saya suruh dia tengok sendiri. Bila dia tau saya preggy then dia terus peluk and cakap tahniah. Wehhh, tahniah katanya macam kelakar pun ada hahaha. Kuang asam hehehe. Dia memang nak anak awal, memang goodjob lah untuk dia kan suami licikkk hahaha. 

Then kita terus checkup dekat klinik, bila kena scan nampak gambaran daging kecil dekat screen tu.. rupanya baby dah masuk 9minggu masa tu. Doktor tunjuk itulah baby saya, and feeling masa tu lagiiiiii lahhhhh macam nak meletopssss hati rasa gummmmbiraaaa tahan-tahan nak melompat keriangan ja hehehe. Ajaibnya saya boleh pula tak perasan, rasa sedih dan kesian dekat baby sebab selama 9minggu tu saya tak jaga makan pun. Main makan ja apa yang sepatutnya tak boleh makan. Ya lah kan kita tak tau pun kejadiran dia di dalam tu. Alhamdulillah, dia sihat dekat dalam tu. Cuma bila doktor tanya bila last tarikh saya habis period, saya tak tau. So terpaksalah dia kira sendiri due date untuk saya (tarikh bersalin) dan saya pun cuma agak-agak ja tarikh bagi tau dekat dia. So, saya nak ingatkan lepas korang kawin korang kena tau bila korang mula period dan habis period, sentiasa mark tau. Sbb bila korang checkup nanti, korang dah tau tarikh last period then senang doktor buat due date. Macam saya ni sebab tak tau, doktor cuma agak-agak sahaja..ntah macam mana cara diorang kira pun saya tak tau. So due date yang dia bagi 23/2/2016. Ada try ke klinik lain juga and due date antara 22/2/16 atau 23/2/16. Lebih kurang ja.

Ini baru permulaan, orang kata baru fasa pertama..nanti saya akan update tanda-tanda preggy and perubahan yang dialami pula ya. Tungguuuu hehehe.

Thanks xoxo

Wednesday, 5 October 2016

Musim Sakit Melanda

Assalammualaikum semua..

Korang apa khabar? Semoga sentiasa sihat tau. Sekarang ni musim sakit, saya yang dah lama tak sakit ni pun terjangkit sekali. Suami saya semenjak kenal saya dia selalu cakap imun saya kuat. Betul sangat sebab saya susah nak dijangkiti sakit, selsema semua tu memang jarang lah. Mandi hujan main panas semua tak akan bisa menjatuhkan aku, kata orang indon.. tiba-tiba pula hahaha. Asal nak kena selsema, tekak kita akan rasa sakit sikit-sikit kan.. kalau dah rasa macam tu saya terus banyakkan minum air lepastu konfem selsema tak sempat menjadi punya. Kalau family dalam rumah semua kena pakej sakit pun, saya tetap kebal juga.. mesti saya seorang ja yang tak akan sakit. Alhamdulillah Tuhan bagi antibodi yang kuat waktu tu. Tapi lepas bersalin, imun dah tak kuat. Saya kena bengkak susu then tiba-tiba demam weii, rasa panik sangat waktu tu sebab dah lama tak sakit. 

Semenjak dah jadi ibu banyak benda berubah tau. Imun pun dah tak sehebat dulu. Putra  pun tak pernah sakit sampailah dia masuk 6bulan tiba-tiba dia demam tapi sehari ja lah itu pun sebab tumbuh gigi. Masa demam tu dia tetap aktif macam biasa cuma badan ja panas and tak meragam. Tuptuppp masuk 7bulan hari tu lepas balik dari bercuti dekat Pulau Pinang, Putra sakitlah pula. Mungkin terjangkit dengan sepupu dia masa bercuti atau pun sebab tumbuh gigi. Badan dia tiba-tiba panas, dah bawa ke klinik makan ubat semua tapi lambat sangat baik. Lemah ja tgk muka dan badan dia, main pun tak ada mood sikit-sikit nak cebek. Bila dah tak demam, selsema pula melanda kesian dia hingus banyak susah nak bernafas tidur memang tak lena lah jawabnya disaluti dengan batuk-batuk sampai menusuk ke dada haihhhh sakit tauuu. Masa inilah kau akan rasa menjadi ibu sebenar, ujian besar amat bila anak sakit meragam tak dapat tidur. Sampai subuh kitorang suami isteri tak tidur jaga Putra kesian sangat bila nak terlelap ja hidung dia tersumbat then dia pun mengamuklah nangis tak puas tidur, tidur terganggu kesian si gendut ni. Manja yang amat, sensitif gila. Dia dengar suara saya tinggi sikit dia akan nangis, tak bagi perhatian dia akan nangis. Ya Allah manja sangatt. Sebenarnya dia rasa sakit tapi tak tau nak luah macam mana kan sebab tu just minta perhatian ja. Tak tau berapa harilah kitorang berjaga malam demi Putra. Seronok juga bila fikir balik, nikmat tu tak semua orang rasa, Alhamdulillah. 

Itu baru Putra yang sakit, tiba-tiba saya yang susah nak sakit ni terjangkit sekali. Nampak tak kuat sangat virus musim sakit sekarang ni, imunku yang ku pertahankan sudah pun dinodai. Saya minum air satu tong besar pun tetap tak dapat nak halang selsema tu untuk datang. Kalau demam saya masih boleh terima lagi tapi saya paling tak suka selsema sebab hingus dan kahak tu akan menganggu diikuti dengan batuk-batuk yang akan menyusul tiba.    Tapi apakan daya, selsema juga akhirnya. Esoknya, suami saya pula yang demam. Dia memang senang sakit tahun ni ja dah berapa kali demam. Nak jaga diri sendiri, anak dan suami sekali gus.. wahh betul-betul bagi impak yang besar untuk diri saya. Cabaran tau, suami saya kalau dah sakit dia jadi baby besar terus so, dua orang baby yang saya kena jaga hehehe. Bila selsema dah sembuh batuklah pula, Putra and suami sampai hilang suara sakit tekak. Kesian sangat masa tu saya pun batuk juga tapi suara masih ada. Tidur malam kitorang bertiga memang tak lena lah oleh sebab tekak gatal macam ada cacing berdangdut kat dalam tu. Asyik-asyik terbangun batuk macam nak hancur leher ni dengan keadaan badan yang lemah. Tapi lebih kesian tgk Putra yang masih baby tu suara dah hilang sampai dia nangis pun keluar suara angin ja adoiiii. Sampaikan saya ni lupa yang saya pun sakit sebab risau tengok anak and suami yang batuk teruk. Putra batuk sampai bunyi kat dalam dada, suami pula sampai berdarah hidung and kahak memang sadis sungguh masa tu sampai saya dah tak kesah tak tidur sampai siang sebab risau walau saya sendiri pun tengah lemah. Pengorbanan jadi isteri and ibu ni besar kan? I can feel it now. 

Tapi Alhamdulillah sekarang kami bertiga dah makin sihat, saya memang dah sihat sepenuhnya kot tapi suami masih batuk-batuk sikit Putra pula masih ada sedikit kahak yang belum keluar. Asal dia batuk ja keluar kahak tu tapi dia telan balik geram tau macam nak sedut guna straw ja hahaha. Call mama dekat Sabah and diorang dekat sana pun semua sakit juga. Pergi rumah mama mertua pun sama, dia pun sakit juga. 

Memang sekarang musim sakit, bukan setakat demam selsema tapi macam-macam lagi sakit yang ada. Nak bawa Putra keluar pun rasa risau sangat. Hope kita semua dijauhkan daripada sakit yang merbahaya terutama anak kita. Kepada yang masih sakit semoga cepat sembuh and kepada yang berjaga malam jaga anak sakit tu keep strong lah ya hehehe. 

Jumpa lagi nanti tau jaga kesihatan berhati-hati dekat luar tu okay.

Thanks xoxo.

Sunday, 2 October 2016

Digi unlimited internet

Assalammualaikum semua..

Lama tak update blog, maklumlah semenjak jadi mak-mak ni memang susah sikit cari masa nak tulis blog. Putra makin manja nak melekat dekat badan ja, tidur pun kalau saya tak ada di sebelah dia boleh perasan tau haishhh kecik-kecik dah pintar hehehe. So, sekarang ni dah nak dekat jam 5pagi tapi saya masih lagi mekar semekarnya mata kelawar, kelawar pun dah tidur time macam ni. Oh ya, saya pakai number digi and ambik pelan internet RM30 sebulan 2.5GB lepastu dia ada bagi super deals and saya pilih yang unlimited internet 1am-7am. Thats why lah mata ini mekar kataaaa internet unlimited kan puaslah online.. hmm TAPI..!! Ada tapi ya unlimited bukan sebarang unlimited, ada limit juga tau. Mula-mula ambik dulu dia bagi kuota dalam 40GB tapi bulan-bulan seterusnya dah makin kurang pula sampailah sekarang ni dia cuma bagi kuota dalam 11GB kalau tak silap haishhhh nampak tak permainan tu?? Tapi tak apa syukur ja lah daripada tak ada kan well thank you DiGi ehemmm. 

Korang pula pakai digi juga ka? Saya ni memang sejak mula pandai pakai hp dah pakai number digi, dari darjah6 sampai umur 23tahun ni.. pernah try guna celcom and maxis tapi tak tau lah kenapa, tak dapat guna lama mesti akan berpatah balik dekat digi. Digi banyak bagi barang baikkk tau. Paling hot masa bercinta bagai nak rak dulu (rak kat ikea), digi buat pelan panggilan percuma untuk digi buddyz.. ingat lagi tak?? Free call untuk 3 orang number yang kita daftar termasuk message sekali okayyy tak kiralah 24jam kau nak call or sms boyf kau yang penting 3 orang yang kau daftar tu mesti number digi juga. Kena pula masa tu percintaan saya ialah percintaan jarak jauh dengan boyf (suami sekarang) alahaiiii lahhh naik panas telinga asyik bergayut ja sampai patah pokok bergolek jatuh katil haaa. Seronok yang amat tau jimat kredit.. cuma tiap 45minit panggilan automatik akan end call then kau call ja lah balik bukan susah. Tapi lama-lama macam biasalah dia kurangkan lagi.. dia tak bagi free 24 jam dah dia kasih limit pula, dia akan tetapkan contoh macam free 6000minit panggilan dan 1000sms dalam sebulan. Ni mesti sebab saya lah ni call 24jam sampai nak bankrupt pula syarikat digi tu haaa. Terpaksalah kita jimat-jimat sikit call boyf masa tu eishh kacau daun kan. 

Kalau sekarang ni tak tahu pula macam mana terma dan syaratnya. Semenjak dah kawin mana ada selalu guna panggilan percuma lagi. Kadang-kadang ja itu pun call mama dekat Sabah, memang masih free ya sebab tu saya suka digi. Kalau topup kredit just nak aktifkan internet ja.. selain tu call free. Orang yang saya selalu call pun hanya suami and mama sahaja. Jimat tak jimat? Even kredit 0.01sen tetap dapat call and sms so tak payah risau kalau tiba-tiba nak call suami last minute sebab nak kirim greentea drive thru dekat starbucks hehehe. Apa yang penting suami kau nak ke belikan, ehh tak adalah hahaha apa yang penting maksud saya tu ialah pastikan kredit bukan 0.00sen and tamat tempoh, kalau macam ni memang tak dapat call or sms dah.

Ini bukan iklan promosi digi atau saya si penjual simkad digi okay. Just nak share apa yang saya guna and manatau korang pun berminat. Paling penting JIMAT. Memanglah kadang-kadang rasa macam tipuuuuu, hari tu kata free tapi ada limit pula.. hmm tak faham lagi ka inilah yang dinamakan teknik bisnes nak tarik pelanggan, permainan kena ada so kita sebagai pengguna kena faham nak bagi benda free sampai kedai bankrupt tak boleh juga kan. Yang penting masih ada free tu daripada tak ada. 

So, bagi saya guna digi ni memang jimat cuma yang tak bestnya line dia tu haaa. Masa dekat Sabah dulu, kawasan dalam rumah saya susah nak dapat line penuh. Kalau dalam bilik lagi lah hampaaa merana. Korang boleh bayangkan tak macam mana stressnya bila tengah calling tapi line tak clear sekat-sekat balik-balik no service, kena pula masa tu kau tengah sebok gaduh dengan boyf cakap pun gantung kau bebel apa manjangg popetttt rupanya boyf kau dekat sana tu tak dengar apa pun kau bebel sebab line hancur. Hmmm sakitnya tu di sini k di siniiiiii. Line tu pandai datang penyakit tau bila dah okay saya kena stay tempat tu ja sampai cramp (dakdak wicet cakap cream) telinga tangan semua sebab kalau gerak sikit menangis wehhh sakit hati line tu akan putus okay bye lepastu tidurlah jawabnya sebab dah penat menyumpah seranahhh. Pernah sampai menangis sakit jiwa pasal line putus sampai mama ketuk pintu hairan apasal nangis tengah malam, saya pula yang kena bebel hahaha. Itu ja lah kelemahannya, ada tempat-tempat yang line dia tak kuat.. orang banyak cakap maxis and celcom lebih kuat line even dipelusuk terpencil. Selain tu semua okay. Well terima kasih digi walau ada kekurangan tapi lebih kepada kelebihan. Since 12tahun sampai sekarang, thanks. "Buddyz takkan terpisah"

Okay sampai sini dulu ya, nanti saya akan update blog pasal review produk pula. Sekarang saya tengah ambik satu produk untuk putih. Nanti saya kongsikan ya. See you next time. 

Thanks, xoxo.

Thursday, 22 September 2016

Instagram dan Kaki Stalker

Assalammualaikum semuanya..

So, kali ni bahagian kedua pula untuk sambungan dari tajuk Instagram dan Ragam Penduduknya tu.. kepada yang belum lagi baca bahagian 1 tu pegi lah belek-belek blog saya cari sampai dapat okay.


Kaki Stalker

Zaman moden sekarang ni orang dah tak main "friendster" dan "myspace" lagi. Semua tu dah tak wujud lagi kot. Saya ada friendster masa zaman sekolah dulu. Lepas balik sekolah terus pergi ke Cyber Cafe untuk login fs, popular gila tau.. saya masih ingat lagi fs saya masa tu cantik gila ramai friends pula tu (buat-buat cerita mentang-mentang orang tak dapat cek). Paling best pasal fs ni kalau ada fs lain yang buka fs kita, kita akan dapat tengok tau. Ada history untuk tunjuk fs orang lain yang stalk fs kita. Kalau fs ni masih wujud mesti gempak. 
Tapi sekarang ni macam yang kamu tahu "instagram/ig"  adalah tempat melepakkan muka yang paling popular. Selain itu juga ianya boleh mendatangkan penyakit merbahaya. Apakah penyakit itu? Salah satunya ialah Stalker. Tipulah kalau main ig tapi tak pernah stalker orang, alaa jangan senyum-senyum monyetlah dekat sana mengaku ja lah hehehe (ketawa munyit)

Apakah contoh-contoh orang yang terjebak dalam penyakit stalker? Mari kita perhatikan jeng jeng jeng (suara latar)

1. Bangun pagi, tayi mata setempek masih segar dekat mata, berus gigi pun belum.. terus gapai hp buka ig tengok orang yang kau nak sangat tengok tu. Nak tau dia ada post gambar baru atau tak.
Kalau tak ada orang yang kau nak tengok pun, kau akan scroll home sampai ke bawah sampai ke lobang tayi tengok muka makhluk-makhluk yang berlalu pergi, lepastu kau penat rasa mengantuk then kau sambung tidur balik. Ini sejenis tak ada tujuan hidup tertentu atau sejenis kacang buncis.

2. Hp asyik dekat genggaman tangan ja, bila orang nak pinjam hp kau, kau akan buat muka bengis macam kucing yang takut makanan dia dicuri. Kau akan bagi alasan hp lowbatt sebab kau nak save battery untuk meneruskan pekerjaan menstalk. Berjalan ke hulu ke hilir sambil tengok hp, asyik asyik asyikkk dengan ig. Ini ialah sejenis asyik asyiknya bercintaaaa~ (sambungan lagu tadi)

3. Tidak fokus nak buat apa-apa kerja, nak buat assignment tapi mata nak cari hp ja. Mak suruh lipat kain tapi tangan asyik nak scroll ig ja. Tengah masak maggi tapi tangan tengah masuk ig juga, lepas habis makan maggi sambung balik buka ig lepastu baru teringat tadi masak maggi lupa letak telur. Ini sejenis otak bertelur. 

4. Lupa ingatan. Seminit lalu plan nak ulangkaji subjek pendidikan jasmani, tiba-tiba tanpa disedari tangan tengah scroll home ig dalam beberapa saat lepastu kau blurr dan terfikir "apasal aku main ig ni, tadi aku nak buat apa eh?", automatik penyakit stalker tu buat tangan dan otak kau bercelaru. Pernah tak mengalami sindrom seumpama ini? Alaa sama macam kau nak ke dapur ambil kain lap tapi tiba-tiba pula kau slumber buka peti sejuk lepas tu blank nak buat apa (sambil perhatikan botol sos cili). Ini pula sejenis urat-urat saraf tidak berhubung.

5. Ini paling sadis. Contoh last yang saya pilih ni yang paling sakit diantara yang sakit. Mengabaikan persekitaran dan diri sendiri. Sampai lupa makan lupa kerja-kerja yang penting. Habis satu, satu lagi dia stalk, nampak picture yang ni ada tag yang tu, yang tu pula dia sambung stalk bergilir-gilir sampai 7 keturunan orang tu dia nak stalk. Diri sendiri terabai, tak mandi tak makan habit main ig tu sangat kuat. Lantaklah orang sekeliling, sudah berganti-ganti perompak keluar masuk rumah tapi itu cuma angin sepoi-sepoi bagi dia. Tekunnya stalk ig macam dunia ni tiada penghujung. Masa pun berlalu pergi. Inilah yang dinamakan sejenis kacang bendi (tiada kena mengena)

Orang-orang yang kau stalk dan tujuannya adalah seperti :

- Mereka yang banyak like/komen gambar pasangan kau. Kau gatal hati nak tau apasal dia asyik like gambar boyf kau, kalau ada yang komen lagi lah kau rasa macam sesuatu kan kot kot perempuan tu minat boyf kau, nak usha boyf kau lah tu. Kau lupa yang boyf kau muka macam getah sayur ja tapi kau feeling lebih.

- Perempuan/lelaki yang hot, cantik/macho, stylo, instafamous. Kau suka something yang cantik, pantang nampak ig girl yang hot sikit teruslah kau buka then kau bandingkan dengan diri kau lantas kau kecewa kerana kau hanyalah kacang buncis. Nampak mamat sado wuhuuu terus buka nak kira berapa ketul pau kat lengan dia (sumpah bukan saya) hahahaha. Sekarang ni banyak public figure dalam ig atau pun instafamous, diorang post video yang kelakar dan viral contoh macam ucopppp, luqmanpodolski.. (betul ke ejaan tu?) Yang ni saya pun stalk juga sebab saya suka tengok video yang kelakar. Macam yang tengah trend sekarang ni video pasal bebudak wicet, "picture husband", "kaki cream".. hahaha, lepasni saya buat ragam bebudak wicet pula setuju ke idok (angguk-angguk) Selain tu, kau suka buka ig perempuan yang kaki makeup, dari situlah kau terjebak dalam bidang lukis kening (eh itu macam aku ja). Kau tengok dia buat tutorial macam senang cuba kau pula yang buat, kening kau tu dah jadi macam pembaris tak pun macam setepek lintah melekat dekat kening. 

- Ex-girlfriend pasangan kau/masa lalu yang berkaitan (ini paling pemes). Macam biasalah perempuan ni memang kuat ambil tahu hal lalu. Itu kan cuma masa lalu dah moveon pun tapi kau yang masih nak ambil tahu sangat lepastu nanti kau sakit hati tengok komen-komen lama diorang tambahan pula ex-gf boyf kau cun pula tu haaa kan tak pasal-pasal hati kau masak sampai well done. So, tak hairanlah kalau insta boyf kau tu kau dah scan dari atas langit ke tujuh sampai bawah mantel bumi.

- Artis-artis (yang ni biasa). Siapalah yang tak pernah stalk artis kan. Kau pun mesti nak tau artis tu pakai produk apa. Kulit muka halus bagaikan kulit popiah walaupun guna filter, mulalah kau gelojoh stalk sampai dapat. Produk apa, jenama apa yang dia pakai, dia makan dekat mana shopping ke mana. Kalau peminat tegar tak apa asalkan jangan jadi tegar yang melampau sampai nak stalk lebih-lebih pula terlebih finatik. (u know what i mean)

- Musuh dari kurun ke 250masihi zaman jahiliah, di mana kau dan dia ada sejarah hitam dan saling berdendam. Tak kiralah musuh dari zaman sekolah yang pernah kutuk kau gemok tapi kau buat relax padahal dalam hati kau dah cop yang dia tu adalah musuh. Kau nak tau sangat apa dah jadi dengan orang yang jahat sangat dengan kau tu, tiba-tiba kau nampak dia bergambar dengan kawan baik kau sendiri jeng jeng jengggg (batu api) Apa pun yang terjadi kau nak stalk suka hati kau lah jangan sampai kau doakan yang tak baik untuk dia. Dendam dengan orang berdosa tau. Yang lalu biarlah berlalu ya (musuh tetap musuh) 

- Ex boyfriend kau (untuk mereka yang tidak moveon). Kalau yang baru putus cinta memang akan stalk ex kan. Konon konon dah block tapi gigih buat insta lain khas untuk menstalk (terasalah tu hahahah) Kau tak puas hatilah tu nak tengok ex kau tu boleh tak hidup tanpa kau, ada gf baru tak, dia masih heartbroken tak. Sekalinya tanggapan kau salah, dia nampaknya lebih bahagia dengan life baru banyak pula perempuan yang usha dia, ada gf baru cun dari kau pula tu. Kau pun teringat janji kupang dia waktu bercinta dulu, "saya tak boleh hidup tanpa awk, saya tak nak orang lain dah selain awk". Apakah semua ini, sejenis penipuan kupang yang telah memperbodohkan kau. Lupakanlah, mohon moveon dan janganlah lagi stalk ex korang yang hanyalah sekadar bekas makanan. Binalah hidup baru dan carilah pengganti baru. 

- Macam biasalah, orang yang kau akan stalk selalu ialah orang yang kau minat atau forever crush kau (orang yang kau dah lama suka dalam diam). Crush ni tak semestinya kau suka dia maksud nak bercinta tapi ada yang just maksudkan sebagai orang yang kau "suka" sahaja, suka semua dari atas sampai bawah tiada sedikit pun kekurangan dia yang buat kau berputus asa untuk meminatinya. Lelaki perempuan pun boleh. Macam saya crush utama mestilah suami saya (crush selamanya cia cia ciaaa), and crush saya dari zaman sekolah lagi ialah artis korea hahaha. Zaman sekolah dulu saya minat kpop tapi tak suka yang group menari buat muka comel semua tu. Saya suka vokalis band FT Island (rockband) nanti korang google lah sendiri nama dia Lee Hong Ki, nama insta saya dulu ekahongki gituu hahaha nampak tak mengadanya zaman bebudak remaja dulu hahahhaah. Suami saya memang tau sangat and dia pun ikut minat sekali sampai dia belikan saya tiket untuk ke Concert Ft Island dekat Malaysia, sweet sangat kan tapi saaayyyyaanngggg~ konsert dibatalkan dan hatiku remuk sampai sekarang belum moveon. Tapi semenjak dah kahwin ni dah tak ada lagi crush sebab dah tak boleh masuk ke dalam hati yang penuh dengan muka suamiku sahaja (mohon jangan muntah diblog saya hahahah) Balik kepada cerita korang pula, mesti ada crush kan, selain crush dengan artis mesti crush dengan orang biasa.. kalau tak minat yang single pun ada yang minat dengan lelaki yang dah ada gf. Jangan pula kau slumber nampakkan yang kau minat dia tak pasal-pasal kau main tarik rambut dengan gf dia pula. Bukan nak menggalakkan isu perampasan tetapi kau cuma suka ja pun yang penting kau hormat relay orang jangan kau nak ngada tunjuk belang pula jangan cari nahas. Crush punya undang-undang selalunya kau kena sentiasa dalam mood silent. Sama ada dia tau kau wujud atau tidak, kau tetap tak perlu nak bagi hint hint sangat dekat dia. Stay diam-diam sahaja dan kadang-kadang yang diam-diam ni akan berjaya menakhluki crush mereka suatu hari nanti jangan try so hard. Smooth is more better. Tapi kalau diam-diam macam mana nak dapat kan. Well, trust your instinct, kalau dia jodoh oneday dia akan perasan kehadiran kau even bukan jodoh maybe akan dipinjamkan sekejap. Alaa, nanti kau akan faham juga hehehe yang penting jangan nak crush dengan suami orang pula berdosa tau. So beware ya crush is everywhere, manatau dia pun tengah crush dekat kau (memberi harapan)
- Dan lain-lain tu korang tambahlah sendiri ya hehehehe

Kesan-kesan selepas menstalker;

- Kau insecure, tak yakin, lemah diri rasa diri kau hodoh lepastu sakit hati sendiri, lagi teruk kau tak nak makan nak diet nak kurus macam si peah tu juga, kau rasa buah dada dia lagi besar dari kau, kau pun rasa nak tanam tembikai dekat buah dada kau, kau pun nak belajar makeup macam si kiah tu tapi kau tak ada duit nak beli makeup dan kau terus mereput menggelupur tanam otak kau dalam kesedihan. Kau nampak dia lagi cantik, rambut dia kepokkepok, dan kau terus tengok cermin.. muka kau sebiji macam selipar berdaki. Kau pun mula rasa down down downnn sampai ke lubang cacing. Nampak bontot member mantopppp kau pun nak buat senaman punggung squat yang hanya bertahan 3hari sahaja, bukan punggung makin naik tapi semakin mereput menjunam ke bawah pula, terpaksalah beli spender bontot palsu (tidak bersyukur dengan diri sendiri)
- Kau nampak si jenah tu pakai beg hermes kau pun nak juga walau beli yang copy sahaja. Jenah pakai produk ni kau pun nak juga, dia pakai lipstick color tu kau pun nak juga, kau mula meminta dekat mak bapa atau pasangan kau nak beli itu ini semata-mata kau nampak si jenah ada barang yang kau tak ada. Nampak Che Tah pakai beg Chanel, kau pun berliur tengok nak satu juga. Nampak jiran pakai pandora, pakai gucci pakai tudung fareeda kau pun nak juga (sejenis copy paste) Kalau family kau sejenis yang mampu tak apa tetapi kalau biasa-biasa sahaja tu kau kena fikir sendiri lah ya jangan sebab nak glamour kau lupa diri lupa latar belakang okay.

Pokoknya, terlalu banyak kesan negatif daripada habit stalker ni. Kadang-kadang boleh menyebabkan pergaduhan tau.  

Tapi kesan baik pun ada juga. Contohnya bila kau suka stalk orang-orang yang sering upload tentang nasihat, agama, kata-kata semangat.. secara tidak langsung boleh beri kesan baik terhadap diri kau. Ada orang yang tergerak hatinya untuk berubah jadi lebih baik dengan hanya membaca ayat-ayat dalam gambar yang kau upload tau. Maksudnya kalau kau upload gambar tentang bacaan Al-Quran atau hadis macam tu, bila dia baca terkesan pula dekat dalam hati dia.. kau dapat pahala dia pun dapat kebaikan. Sebab tu lah daripada kita asyik upload gambar muka kita memanjang selitkan lah juga gambar-gambar yang mendatangkan kebaikan.

Apa kesalahan yang utama semasa kau stalk orang? 
* Kau tengah syok stalk tiba-tiba kau ter-tap gambar dia dua kali, yaaa DUA KALI dan ketika itu muka kau terus berdenyut terus bertukar warna biru otak celaru fikiran tak tentu. Orang yang kau terlike tu pula ialah crush kau ataupun musuh ataupun ex-girlfriend boyf kau????? Oh noooo!!! Malu semalu malunya. Kau dah terlike then kau nak unlike balik? Macam mana kalau masa kau nak tekan unlike tu tapi dia dah memang nampak kau like gambar dia?? Ahhaaaaa seperti tayi katak setepek dekat muka kau hahahaha. Pernah kan rasa macam ni? Terpaksalah kau redha ye (muka tembok)

So, ini cerita just suka-suka sahaja jangan nak terasa melebih kalau kau memang buat pun hehhehe. Chill lah kita sama-sama perempuan cuma saya tak tau nak imagine tentang lelaki, apa tujuan stalk, siapa diorang suka stalk.. saya memang tak tau.. sebab tu just bagi contoh bagi pihak perempuan dan semua info ni saya dapat dari pengalaman sendiri dan kebanyakannya daripada kawan-kawan. Kalau korang suka, share lah ye kalau tak saya akan perbetulkan lagi. Sorry jikalau ada tersalah kata. 

Thanks xoxo.